Monday, April 25, 2011

Amir Hamzah Hizir @ Raja Senyum @ YB Pontian

Fasilitatorku!!! (Klik disini- Link blog amir/Raja Senyum, Adik-adikku musim 2)

#$%$#$% ????? 
%^%$% ?????
^&^%$%$?????
(xleh tunjuk, nanti perasan, hi3) amir2..@_@
huhuhuhu
fasilitator kami(adik-adikku) . . . . . 
beliau ni happy go lucky . . . .
tapi bab serius memang serius . . . . . 
die syg kiteorang sume same rata . . . . 
beliaulah yg selalu beri tazkirah . . . . .
sekarang ni,da lame x dengaq . . . . 
rindu pulak . . . . 
abg hafiz la yg paling rapat dengan adik-adiknye . . .. 
sentiasa mengambil berat . . . . .
ade salah seorang dari kami hari tu sakit,
beliau sanggup jage  . . . . . 
abg hafiz,I RESPECT YOU !
x boleh lupekan abg . . . . . 
bile agaknye kite boleh berjumpe lagy ??????
sedih rase meninggalkan abang . . . . . 
:'(

copy dari blog Amir@Raja Senyum @ YB Pontian - http://amir-lautbiru.blogspot.com/2011/04/fasilitatorku.html


Perasaan time baca post ni, hu3,.. Syukran Jazilan Amir,..^_^ abang pun merindui semua adik2 abang, sepatutnya abang ada dua adik shj, Hafizan & Hafizi<hu3, jangan marah na, pijan, piji>, tp rasanya selepas ni,.. abg dapat ramai adik... 16 org semuanya,.. semuanya dgn perangai masing2,.. dari amir lagi lah, xpayah cakap kat sini lah,. hi3..^_^,  xde lah, amir yang paling matang antara semua, baik perangainya,.. munir, yang manja sikit, ammar yg macam buat2 garang, zaid,salam dgn kerenahnya, najmi, zakiy, isma-dah masuk asrama,.. Sama-sama kita doakan mudah-mudahan, adik-adik semua berjaya dalam bidang yang diceburi, insyaallah, mudah2an, Allah sentiasa memudahkan urusan kita didunia &akhirat, dan sentiasa mendorong, memimpin hati2 kita kearah keredhaan-Nya.. Insyaallah... Amin... So, kalau amir rindukan Geng Adik-adikku, jangan lupa sentiasa berdoa, samalah untuk peserta adik-adikku yang baca post ini.. Ingat!! Doa merupakan senjata kita!!..
<doa untuk org yang jauh, dimakbulkan oleh Allah, insyaallah> 
p/s: Jangan lupa sentiasa doakan abang yer. ^_^, 
hmm, tugasan jangan lupa buat yer,..

(1). Doa Seorang Muslim Terhadap Saudaranya Daripada Tempat Yang Jauh

Daripada Abu Darda’ bahawa dia berkata bahawasanya Nabi SAW bersabda.

“Ertinya : Tidaklah seorang muslim berdoa untuk saudaranya yang tidak di hadapannya, melainkan maka malaikat yang ditugaskan kepadanya berkata : “Amin, dan bagimu seperti yang kau doakan”. (Shahih Muslim, kitab Doa wa Dzikir bab Fadli Doa fi Dahril Ghalib).

Imam An-Nawawi berkata bahawa hadis di atas menjelaskan tentang keutamaan seorang muslim mendoakan saudaranya daripada tempat yang jauh, Jika seandainya dia mendoakan untuk sejumlah atau sekelompok umat Islam, maka dia tetap mendapatkan keutamaan tersebut. Oleh kerana itu sebahagian ulama salaf tatkala berdoa untuk diri sendiri dia menyertakan saudaranya di dalam doa tersebut, kerana di samping terkabul dia akan mendapatkan sesuatu semisalnya. (Syarh Shahih Muslim karya Imam An-Nawawi 17/49)

Daripada Shafwan bin Abdullah bahawa dia berkata : Saya tiba di negeri Syam lalu saya menemui Abu Darda’ di rumahnya, tetapi saya hanya bertemu dengan Ummu Darda’ dan dia berkata : Apakah kamu ingin menunaikan haji tahun ini ? Saya menjawab : Ya. Dia berkata : Doakanlah kebaikan untuk kami kerana Rasulullah SAW bersabda.

“Ertinya : Doa seorang muslim untuk saudaranya yang tidak ada di hadapannya terkabulkan dan disaksikan oleh malaikat yang ditugaskan kepadanya, tatkala dia berdoa untuk saudaranya, maka malaikat yang di tugaskan kepadanya mengucapkan : Amiin dan bagimu seperti yang kau doakan”. Shafwan berkata : “Lalu saya keluar menuju pasar dan bertemu dengan Abu Darda’, beliau juga mengutarakan seperti itu dan dia meriwayatkannya daripada Nabi. (Shahih Muslim, kitab Dzikir wa Doa bab Fadlud Doa Lil Muslimin fi Dahril Ghaib 8/86-87)





Ustaz Ameer, murabbi Adik-adikku, murabbi kepada amir, ammar, jannati & amira..





Amir we love U... buat yang terbaik dalam exam yang akan datang... ^_^,

.."Keep on writing"..

Thursday, April 14, 2011

FASILITATOR ADIK-ADIKKU musim 2

Pencarian Fasilitator lelaki untuk adik-adikku musim 3,
<kerja selama sebulan, penginapan dan makanan disediakan, dan bergaji, + sijil pghargaan JAKIM>

criterianya:
boleh bgun awal:
pkl5pg(kejutkan adik2 utk solat sunat sblm subuh/qiam)
dan terus gerak ke surau utk berjemaah.
bg pengisian/tazkirah slps solat subuh, @ maghrib.
pkl8pagi hingga 11 malam ikut jadual Jakim.<urusetia Adik-adikku>
keje2nya:
*mengasuh adik2 spnjang hari.
*basuh baju adik2 lelaki.
*pastikan adik2 ikut jadual yang disediakan. spt utk solat, naik bas, dan hal2 yang lain.

boleh contact FB saya: http://www.facebook.com/profile.php?id=100000653260700&sk=info


Barisan fasilitator bagi program realiti TV yang bersama2 menjayakan adik-adikku musim 2, terbitan JAKIM & RTM,... ^_^,





Ana as fasi..^_^
Barisan fasilitator yang bersama2 dgn adik-adik selama sebulan di ILIM,... fasi zaem, fasi farah, & fasi nadia, kami empat orang..hmm, nak kata letih, penat, lelah & seangkatan dengannya, jgn cakap lah, tp sangat2 seronok berada bersama2 dengan adik-adik kita ni kan, wahai fasi2?, walaubagaimanapun tahniah buat barisan fasi2 yang menjaga adik-adik, dari siang hingga ke malam, dari pagi, tengah hari, petang, malam, awal2 pagi, terus berjaga hinggalah ke malam berikutnya <ayat hyperbola, ^_^>, semata-mata nak pastikan adik-adik kita ikut jadual, walaupun ada diantara kita yang demam, sakit, tp pengalaman bersama adik-adik amat berharga,... lelah,letih & penat yang kita rasai sangat2 berbaloi, kan?  ^_^,

Budaya Melayu terkenal sudah
Istana dan rakyat begitu terserlah
Sudah lama kita berkwn tiada gundah
Hingga kini hampa semua terindah.... <terhebat??> p/s: buat yg xfaham bahasa kedah: hampa=korang, ^_^,


fasi zaem


Fasi faraH





Fasi Nadia


Barisan fasi2 yang bersama dgn adik-adik selama seminggu, untuk menghadapi pertandingan akhir adik-adikku, musim 2,.. fasi Izad, fasi Umi, fasi amira, fasi syukriah & fasi mawaddah... xdapat dilupakan ketika pertandingan final, boleh pulak, zaid dgn salam hilang ntah kemana? rupa2nya pergi tandas... puas cari,.. yg syoknya, first time, tgk fasi izad, kalut sikit, kalau x, dia cool je (izad jgn marah noh)..^_^

Fasi IzaD






Fasi Syukriah & Mawaddah




Fasi Umi & amira


Fasi muslimat bersama ra'is adik-adikku & uncle Siso... ^_^


"keep on writing"
^_^,

Tuesday, April 12, 2011

TAUBAT: INILAH CARANYA

Rasulullah ﷺ bersabda: "Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya satu titik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Ibn Majah).

كَلَّا‌ۖ بَلۡۜ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِہِم مَّا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ

Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan. (Al-Mutaffifin:83:14)

Dosa-dosa itulah yang menjadi hijab antara hamba dengan Allah (سبحانه وتعالى) dan kerananya juga Allah memandang hamba-Nya itu dengan penuh benci dan murka sehingga terhijab seluruh rahmat dan kasih sayang-Nya.

Bila ini terjadi, apa saja amal ibadah dan kebajikan yang kita buat, Allah tidak pandang dan tidak terima. Yakni pahalanya tergantung atau tidak sampai kepada Allah. Bahkan bukan itu saja, di Akhirat besok, Allah akan menghukum dengan Neraka yang maha dahsyat. Oleh itu wajib setiap hamba Allah itu bertaubat dengan segera terutamanya apabila melakukan dosa dan kesalahan.


Taubat ertinya kembali merujuk (الرجوع) kepada Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Menyerah diri (surrender) pada-Nya dengan hati penuh penyesalan yang sungguh-sungguh. Yakni kesal, menyesal, sedih, dukacita serta rasa tidak patut di atas dosa-dosa yang dilakukan sehingga menangis mengeluarkan air mata. Hati terasa pecah-pecah bila mengingati dosa-dosa yang dilakukan itu. Merayu-rayu moga-moga Allah ambil perhatian. Memohon agar Allah yang Maha Pengampun akan mengampunkannya. Meminta agar Allah memandang dan memberi dengan penuh kasih sayang. Hati yang pecah-pecah itu menjadikan anggota-anggota lahir (mata, telinga, kepala, kaki, tangan, kemaluan) tunduk dan patuh dengan syariat yang Allah telah tetapkan dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan-perbuatan derhaka itu.

ثُمَّ قَسَتۡ قُلُوبُكُم مِّنۢ بَعۡدِ ذَٲلِكَ فَهِىَ كَٱلۡحِجَارَةِ أَوۡ أَشَدُّ قَسۡوَةً۬‌ۚ وَإِنَّ مِنَ ٱلۡحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنۡهُ ٱلۡأَنۡهَـٰرُ‌ۚ وَإِنَّ مِنۡہَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخۡرُجُ مِنۡهُ ٱلۡمَآءُ‌ۚ وَإِنَّ مِنۡہَا لَمَا يَہۡبِطُ مِنۡ خَشۡيَةِ ٱللَّهِ‌ۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَـٰفِلٍ عَمَّا تَعۡمَلُونَ


"Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Al-Baqarah:2:74)

Jika batu-batu yang amat keras itupun Allah ceritakan bahawa batu itu boleh pecah-pecah, hingga terpancar air darinya, maka mari kita pecah-pecahkan hati kita dengan taubat dan menyesal atas dosa-dosa yang sentiasa dilakukan, sama ada sedar atau tidak. Hingga nanti akan terpancar dari hati yang pecah-pecah dari taubat dan takutkan Allah itu, airmata yang bakal memadamkan api neraka.

Begitulah taubat yang sebenarnya. Tidak sepertimana sesetengah orang memahami pengertian taubat selama ini. Kata mereka, cukup dengan hanya mengucapkan istighfar di mulut, “Astaghfirullah (أستغفر الله) .” Hati tidak merasa bersalah dan berdosa. Tidak semudah itu Allah (سبحانه وتعالى) hendak menerima taubat hamba-hamba-Nya kecuali setelah menempuh syarat-syarat (proses) yang telah ditetapkan-Nya.

Syarat-syarat taubat ada dua bahagian sebagaimana dosa dan pahala terbahagi kepada dua, iaitu:

a. Syarat taubat di atas dosa dan kesalahan dengan Allah
b. Syarat taubat di atas dosa dan kesalahan dengan sesama manusia

SYARAT TAUBAT DOSA DENGAN ALLAH

Antara syarat-syarat taubat yang berhubung kait dengan Allah ialah:

1. Menyesal sungguh-sungguh di atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Yakni terasa kesal, menyesal, sedih, dukacita, rasa tidak patut kerana melanggar syariat Allah. Sekaligus datang perasaan menyerah diri kepada-Nya.
2. Berazam bersungguh-sungguh tidak akan mengulangi lagi perkara-perkara yang menjadi larangan Allah itu.
3. Meninggalkan perkara-perkara yang mendatangkan dosa-dosa dengan Allah sama ada dosa besar atau dosa kecil.
  • Antara contoh-contoh dosa besar ialah meninggalkan solat, tidak puasa, tenung nasib, minum arak, zina, judi, rasuah, riba, memfitnah, mengumpat, membunuh dan lain-lain lagi.
  • Di antara dosa-dosa kecil ialah mendedahkan aurat, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, mendengar nyanyian yang menaikkan nafsu syahwat, bercakap perkara-perkara lucah, bergurau berlebih-lebihan, berkelakar, membazir dan lain-lain lagi.
Oleh itu, kalaulah selama ini kita terlibat dengan perbuatan yang haram (seperti riba, mendedahkan aurat, minum arak) maka kita tidak akan buat lagi atau terus tinggalkan perbuatan tersebut. Juga kalau kita terlibat dengan dosa-dosa kerana meninggalkan perkara-perkara wajib (seperti meninggalkan solat dan tinggal puasa), maka kita tidak akan meninggalkannya lagi. Ertinya kita terus melaksanakan perkara-perkara yang wajib dengan bersungguh-sungguh dan membayar (qadha') segala perintah wajib yang tertinggal.

SYARAT TAUBAT DOSA DENGAN MANUSIA

Sekiranya seseorang itu berbuat dosa dan kesalahan yang ada hubungan sesama manusia, syarat-syarat taubat yang mesti ditempuhi ialah:
  1. Menyesal sungguh-sungguh di atas segala kesalahan yang dibuat terhadap orang lain itu. Benar-benar terasa di hati perasaan sedih, dukacita dan rasa tidak patut berbuat begitu.
  2. Meninggalkan terus perkara-perkara yang mendatangkan dosa dengan manusia.
  3. Berazam bersungguh-sungguh untuk tidak mengulangi perkara-perkara yang mendatangkan dosa yang ada hubungan dengan manusia itu.
  4. Meminta maaf atau meminta redha (halal) kepada orang yang kita telah berbuat dosa terhadapnya atau bayar semula ganti rugi atau pulangkan barang yang telah diambil. Dosa-dosa sesama manusia ini kalau hendak disebutkan terlalu banyak. Secara ringkasnya ia boleh dibahagikan kepada empat kategori iaitu:
    • Dosa yang ada hubungan dengan harta Contohnya hutang yang tidak dibayar, harta yang dicuri, dirampas, ditipu, dibinasakan dan lain-lain lagi. Ini semua mesti minta dihalalkan atau meminta maaf pada orang yang bersangkutan atau bayar hutang atau dibayar ganti ruginya atau seumpamanya.
    • Dosa yang ada hubungan dengan peribadi Contohnya pukul, tempeleng, cubit, rotan, dera seperti membuli, mengikat, merantai, menyeksa dengan barang-barang tajam atau binatang-binatang bisa, mencacatkan anggotanya atau memotong anggotanya, mengurung atau memenjarakannya dan lain-lain. Dosa-dosa ini semuanya mesti diminta maaf kepada orang berkenaan dan bersedia menerima hukuman mengikut ketentuan syariat sekiranya dia meminta untuk mengenakan hukuman di atas perbuatan kita itu.
    • Dosa yang ada hubungan dengan maruah atau agamanya. Misalnya memberi malu di depan khalayak ramai, mengumpat dirinya, menghinanya, menuduh dia dengan tuduhan-tuduhan yang tidak benar, fitnah dan lain-lain kesalahan. Ini mesti diminta maaf atau minta redha.
    • Dosa yang ada hubungan dengan keluarganya. Contohnya kita pernah pegang-pegang, raba-raba, cium anak gadisnya atau hingga tahap zinai anggota keluarganya atau bunuh ahli keluarganya dan lain-lain. Maka hendaklah minta maaf dan minta redha dari keluarganya. Kalau mereka tidak redha dan maafkan, kenalah sanggup diapa-apakan sahaja oleh pihak keluarganya itu sama ada dipukul, ditempeleng, penjara dan sebagainya mengikut yang ditentukan oleh syariat.
Di sini kita dapat lihat bahawa bertaubat terhadap dosa dengan sesama manusia lebih berat daripada dosa dengan Allah. Ia mesti menempuh empat syarat tetapi dosa dengan Allah hanya tempuh tiga syarat.

Semua tuntutan syariat ini mesti dibuat mengikut kaedah di atas, barulah taubat itu diterima oleh Allah. Sungguhpun begitu bukan mudah untuk menunaikan syarat-syarat tadi melainkan setelah memiliki hati yang benar-benar ikhlas dan surrender (menyerah sepenuh hati) pada-Nya. Kalau tidak dapat menunaikan syarat-syarat ini, taubat itu tetap tidak akan diterima. Orang yang egonya tinggi amat berat untuk bertaubat. Lebih-lebih lagi dosa yang dilakukan itu terhadap sesama manusia.

Begitulah kasih sayang Allah kepada hamba-hamba-Nya kalau mereka membuat dosa-dosa. Masih ada peluang bertaubat untuk mendapat keampunan dari Allah dengan menempuh syarat-syarat yang telah disebutkan. Kecuali dosa syirik yang tidak mendapat keampunan dari Allah. Ini telah dinyatakan di dalam firman-Nya:

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَغۡفِرُ أَن يُشۡرَكَ بِهِۦ وَيَغۡفِرُ مَا دُونَ ذَٲلِكَ لِمَن يَشَآءُ‌ۚ وَمَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱفۡتَرَىٰٓ إِثۡمًا عَظِيمًا

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar. (An-Nisa':4:48) 


Maknanya selain syirik, orang-orang yang bertaubat daripada dosa-dosanya akan diampunkan oleh Allah. Apabila diampunkan, maka samalah dia seperti orang yang tidak berdosa. Sabda Rasulullah ﷺ:

“Orang yang bertaubat daripada dosa sepertilah orang yang tidak berdosa.” (Riwayat At Tabrani)

“Sesungguhnya Allah menyukai seorang mukmin yang terjerumus berbuat dosa tetapi bertaubat.” (Riwayat Ahmad)


“Sesungguhnya Allah menerima taubat hamba-Nya selama nyawa belum sampai ke tenggorokan.” (Riwayat Ahmad)

“Semua anak Adam pembuat kesalahan, dan sebaik-baik pembuat kesalahan ialah mereka yang bertaubat.” (Riwayat Addarami)

"Tiada sesuatu yang lebih disuaki Allah daripada seorang pemuda yang bertaubat.” (Riwayat Ad Dailami)


Allah juga memberitahu kita dalam firman-Nya:


فَمَن تَابَ مِنۢ بَعۡدِ ظُلۡمِهِۦ وَأَصۡلَحَ فَإِنَّ ٱللَّهَ يَتُوبُ عَلَيۡهِ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ

 “Maka barangsiapa yang bertaubat, sesudah melakukan kejahatan itu dan membaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Maidah:5:39)

أَلَمۡ تَعۡلَمۡ أَنَّ ٱللَّهَ لَهُ ۥ مُلۡكُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ يُعَذِّبُ مَن يَشَآءُ وَيَغۡفِرُ لِمَن يَشَآءُ‌ۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ ڪُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬

“Tidakkah kamu tahu, sesungguhnya Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi, diseksa-Nya siapa yang dikehendaki-Nya dan diampuni-Nya bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Al Maidah:5:40)

Allah berfirman lagi:

وَمَن يَعۡمَلۡ سُوٓءًا أَوۡ يَظۡلِمۡ نَفۡسَهُ ۥ ثُمَّ يَسۡتَغۡفِرِ ٱللَّهَ يَجِدِ ٱللَّهَ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا

“Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (An Nisaa’: 4:110)


Berdasarkan Hadis-Hadis dan ayat-ayat Al Quran tadi, dapat difahami bahawa wajib setiap orang Islam itu bertaubat daripada dosa-dosanya supaya tidak menjadi hijab antara dia dengan Allah (سبحانه وتعالى). Setelah bersih daripada dosa, hijab pun terangkat. Terhubunglah kembali kasih Allah yang terputus selama ini. Dia memandang hamba-Nya itu dengan pandangan penuh kasih sayang sehingga rahmat-Nya melimpah ruah. Justeru itu, hiduplah si hamba yang bertaubat itu dengan penuh bahagia di dunia dan mendapat balasan Syurga di Akhirat.

Demikianlah jika sebaliknya berlaku. Kalau hamba itu tidak bertaubat daripada dosa-dosanya, ertinya dia akan sentiasa berada dalam keadaan dosa. Maka terhijablah dia dengan Allah (سبحانه وتعالى). Hubungannya dengan Allah terputus. Di waktu itu Allah memandangnya dengan penuh kebencian dan kemurkaan. Rahmat dan kasih sayang Allah terputus. Seluruh amal ibadahnya tergantung. Di Akhirat nanti Allah seksa lebih dahulu dengan azab yang amat pedih.

Ertinya, jika kita membuat dosa, tidak terasa berdosa, kita telah membuat dua kali dosa. Satu kerana dosa yang dibuat, kedua dosa kerana tidak merasa berdosa.

Sebab itu Allah meminta dan memujuk hamba-hamba-Nya supaya segera bertaubat. Firman-Nya:

وَسَارِعُوٓاْ إِلَىٰ مَغۡفِرَةٍ۬ مِّن رَّبِّڪُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَـٰوَٲتُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِينَ
“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang yang bertaqwa." (Ali Imran: 3: 133)

ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِى ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلۡڪَـٰظِمِينَ ٱلۡغَيۡظَ وَٱلۡعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِ‌ۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

"iaitu orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahu pun sempit, dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Dan Allah menyukai orang yang membuat kebajikan." (Ali Imran: 3: 134)

 وَٱلَّذِينَ إِذَا فَعَلُواْ فَـٰحِشَةً أَوۡ ظَلَمُوٓاْ أَنفُسَہُمۡ ذَكَرُواْ ٱللَّهَ فَٱسۡتَغۡفَرُواْ لِذُنُوبِهِمۡ وَمَن يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ إِلَّا ٱللَّهُ وَلَمۡ يُصِرُّواْ عَلَىٰ مَا فَعَلُواْ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَ


Dan juga orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka, dan siapa lagi yang dapat mengampunkan dosa selain daripada Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahui. (Ali Imran: 3: 135)

 أُوْلَـٰٓٮِٕكَ جَزَآؤُهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ مِّن رَّبِّهِمۡ وَجَنَّـٰتٌ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَا‌ۚ وَنِعۡمَ أَجۡرُ ٱلۡعَـٰمِلِينَ

Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan Syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya, dan itulah sebaik-baik pahala orang yang beramal.” (Ali Imran: 3: 136)

Berdasarkan ayat ini Allah meminta kita bersegera bertaubat. Yakni membesihkan diri dari dosa dan menyerah diri sepenuh hati pada Allah, sebelum kedatangan mati atau sebelum bertemu dengan-Nya. Kerana mati itu tidak tahu bila masanya. Boleh jadi mengejut, datang tiba-tiba. Bila telah tiba saat kematian, tertutuplah pintu taubat, jika bertaubat tidak diterima lagi.

Tertutupnya pintu taubat dalam dua keadaan.

1. Tertutupnya pintu taubat yang berlaku bagi seluruh hamba Allah. Pada waktu tersebut Allah (سبحانه وتعالى) menutup pintu taubat kepada seluruh hamba-Nya dan tidaklah berguna iman seseorang di waktu itu jika sebelumnya dia belum beriman. Dan tidak berguna amal soleh seseorang jika sebelumnya dia belum pernah melakukan amal soleh waktu tersebut adalah pada saat matahari terbit dari arah barat. Rasulullah ﷺ bersabda bermaksud:

Barangsiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari tempat terbenamnya maka Allah akan menerima taubatnya (HR Muslim no 2703)

2. Tertutupnya pintu taubat yang khusus bagi sebahagian hamba-Nya. Bagi setiap hamba ada batas waktu di mana Allah masih menerima taubatnya, iaitu sebelum seorang hamba mengalami sakaratul maut. Rasulullah ﷺ bersabda,  maksudnya:

Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla senantiasa menerima taubat seorang hamba sebelum ruhnya sampai di kerongkongan (sakaratul maut) (HR Tirmidzi no 3537)

Setelah bertaubat, Allah menyuruh kita segera mengejar Syurga. Yakni dengan cara melakukan amal soleh atau amal kebajikan seperti berjuang, berkhidmat kepada masyarakat, bersedekah, menahan marah, memaafkan kesalahan orang dan sebagainya.

Orang yang tidak bertaubat ertinya orang yang berdosa. Jika dalam waktu yang sama dia beramal ibadah atau mengadap Allah, perbandingannya samalah dengan seorang rakyat datang mengadap raja iaitu:
  1. Jika seseorang itu terlibat dengan dosa-dosa besar, dirinya umpama seorang rakyat yang hendak bertemu raja sedangkan seluruh badan dan pakaiannya penuh dengan najis tahi anjing yang sangat busuk dan menjijikkan. Najis tahi anjing itu bukankah najis mughallazah, yakni najis yang amat berat. Jadi dia bukan saja tidak dapat berjumpa dengan raja bahkan di pagar istana lagi sudah ditangkap dan dihukum penjara oleh pengawal-pengawal istana, kerana dianggap mengotori majlis raja.
  2. Orang yang melakukan dosa-dosa kecil pula macamlah seorang rakyat yang hendak bertemu dengan raja tapi badan dan pakaiannya penuh dengan najis tahi ayam atau tahi kucing atau tahi lembu yang sangat busuk dan sangat dibenci orang. Macam nasib orang tadi juga, belum sempat berjumpa raja, di pagar istana lagi dia sudah ditangkap dan dihukum penjara. Cuma hukuman yang dijatuhkan mungkin agak ringan sedikit berbanding dengan orang yang pertama tadi.
  3. Demikianlah juga berlaku dengan orang yang melakukan perbuatan-perbuatan makruh. Orang ini macamlah orang yang badan dan pakaiannya bercelomos dengan lumpur, debu-debu, habuk-habuk atau peluh yang busuk dan berbau hangit tapi bukan bernajis. Tiba-tiba dia mahu mengadap raja. Mungkin dia tidak dihalang untuk ke majlis raja tapi dia akan dimarahi dan ditempelak oleh pengawal raja kerana dianggap tidak bersopan. Walaupun tidak ditangkap tapi dia akan dapat malu juga kerana dimarahi.
Oleh itu untuk bertemu raja, ada syarat-syaratnya yang mesti dijaga supaya sentiasa berdisiplin iaitu kemas, bersih, rapi dan tahu adab-adab mengadap raja. Kalau tidak, di luar istana lagi akan dihalau, tidak diterima masuk mengadap dan ditangkap untuk dipenjarakan.

Demikianlah juga dengan orang-orang yang melakukan kesalahan, sama ada dosa-dosa besar mahupun dosa-dosa kecil, kalau tidak bertaubat, di Akhirat dia tidak berpeluang melihat Zat Allah yang Maha Indah. Sebaliknya, tempatnya adalah Neraka yang amat pedih dan amat dahsyatnya.

Orang yang melakukan perbuatan makruh juga kalau tidak bertaubat, walaupun tidak diazab seksaan Neraka, tapi Allah memandang dengan penuh benci. Dia dimarahi, diherdik dan diberi malu di depan makhluk-makhluk lain sehingga malu yang dirasakan pada kita waktu itu tidak terhingga dan terkata. Sehingga cair dan gugurlah segala daging-daging di muka dan akhirnya tinggallah rangka-rangka yang sangat hodoh dan mengerikan. Begitulah penanggungan malu yang dirasakan waktu itu.

Itu baru azab malu kerana terlibat dengan perbuatan makruh yang Allah benci. Itupun sudah tidak tertanggung oleh kita. Gambarkanlah seksaan yang akan ditanggung kalau melakukan dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil. Sudah tentu tersangatlah azab dan seksanya. Oleh itu marilah kita sama-sama bertaubat daripada segala dosa sama ada dosa-dosa kecil dan perbuatan yang dibenci iaitu makruh. Moga-moga kita menjadi orang yang bertaubat dan taubat kita diterima oleh Allah.

Rasakanlah diri kita sentiasa berdosa, sekalipun kita tidak nampak dosa kita, apatah lagi jika nampak. Agar kita dapat mengekalkan sifat kehambaan yang kita ini memang hamba.


محمد فضلي بن يوسف
08 Jamadil Awwal 1432H
12 April 2011

Silakan tag@share
(Jika ingin kongsikan di blog, atau di copy paste ke nota anda, sila nyatakan nama saya dan buat pautan ke FB saya, agar saya mudah menjawab segala persoalan yang timbul dari artikel ini. Link terus ke FB saya: http://facebook.com/mfadli11 atau ke note ini, http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150217107631719)

:: terima kasih ustaz  Mohd Fadli Yusof ^_^

Sunday, April 10, 2011

ZAID NAJMUDDIN ZUL AKMAL ADIK-ADIKKU musim 2

Catatan fasi adik-adikku,.. I'm try to "keep on writing"

hati berfikir insaf bertamu,
persoalan hati pula kacau,
hati ini nikmat yang satu,
mengundang kasih pada tuhan yang satu,

hmm, zaid baru darjah enam, tapi subhanallah, hebat budak nyer,... walau apa pun, I'm proud with u my brother, kami fasi2 yang berada bersama zaid di sepanjang program Adik-adikku, tidak menyangka zaid ni merupakan seorang yang hebat, dan patutlah ramai betul peminatnya, zaid jg merupakan contoh terbaik. Di sekolah sebagai ketua pelajar, mewakili sekolah, daerah & kebangsaan,... di rumah sebagai anak, adik & abg.. <ramai betul adik beradik zaid> syabas buat ibu & ayah zaid, walaupun dalam keadaan serba sederhana, dapat mendidik anak2 nya menjadi seorang yang berjaya, dari abang yang sulung hingga lah kepada adiknya yang bongsu...  ^_^,



Zaid yang sentiasa dgn kopiah putihnya.. ^_^










First week in ILIM.. amir & zaid.




Musabaqah Tilawah Al-Quran Kanak2 di Qatar: Zaid Najmuddin antara byk2 peserta seluruh dunia berjaya ke peringkat ke-2. Klik pada gambar Zaid untuk tgk video rakaman di Masjid Negara tempohari! Man jadda wa jada!.. link (Musabaqah tilawah Al-Quran), hmm, sengit jg saingan, peserta2 dari indonesia, superb!!.. Tahniah zaid, u make me, proud of u.. ^_^, <tahniah buat ibubapa, cikgu2, murabbi2 yg mgajar zaid, mereka tentu lebih lg berbangga dgn kejayaan zaid..>

Muhammad Ammar Mukhlis Abd. Mohsin ADIK-ADIKKU musim 2

Catatan fasi adik-adikku,.. I'm try to "keep on writing"



I realy and realy miss this moment...

First week in ILIM,.. sesi latihan berkuda yg pertama..


























Muhammad Abdus salam Mohd Nidzomuddin ADIK-ADIKKU musim 2.

Catatan fasi adik-adikku,.. I'm try to "keep on writing"














Thursday, April 7, 2011

MUNIR JUARA ADIK-ADIKKU MUSIM 2.

::^_^::


 Video di atas hanya sebahagian bingkisan, memory2 manis, bersama adik-adikku musim 2. Muhammad Amirul Munir bin Azlin. Peribadi munir?? hah, tentu nak tahu kan?, siapakah munir? perangai dia macam mana? munir merupakan peserta yang paling muda antara semua peserta lelaki adik2ku musim ke 2, munir anak tunggal,... munir sangat2 suka dengan idolanya, Ustaz Akhil hayy, n munir manja sikit, dengan abg2 dia (peserta2 yg lain), betul x munir??<kalau munir baca blog ni>... ^_^,
























try to "keep on writing"
hafiz, 7/4/11, k6, UPM.