Tuesday, August 23, 2011

Rasulullah menangis di Padang Mahsyar

Selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W.
SayangilahBaginda Rasulullah...
Cintailah Baginda Rasulullah...
Kerana
Rasulullah tersangat sayangkan umatnya...
Sayang Rasulullah kepada kita hinggalah tibanya hari kiamat...
Semoga...
Kita semua beroleh syafaat Rasulullah SAW..

Sollu 'ala Nabi...


Wahai seorang kekasih,
telah lama kau dirindui,
pilu sedih dlm kerinduan,
mnangis pun xberair mata,
namun hati tetap gembira,
syafaatmu, menanti disana,

sungguh tabahnya hatimu,
menanggung derita yg melanda,
biarpun pedih, pedih terseksa,
kerana ummat kau tempuhi jua,

Wahai rasul kaulah segalanya,
contoh terbaik umat akhir zaman,
akhlakmu tinggi kan kami jejaki,
sifatmu sempurna pelengkap peribadi.

Wahai rasul, kami merindui,
sinaran wajahmu mendamaikan jiwa,
manis senyuman mu,
penawar hiba,
dihati kami, kaulah segalanya.



Saturday, August 20, 2011

MERCUN!!


Apa yang kita fikir apabila bertemu atau terbaca perkataan M E R C U N?? hmm, sudah pasti kita memikirkan keseronokkan,.. tp apa yang sebenarnya kita perlu tahu mengenai mercun?? Budaya bermain mercun seperti yang kita tahu adalah kepercayaan budaya orang cina untuk menghalau hantu dan roh2 yang jahat.Tetapi kita, bermain mercun pada malam yang ke 10 ramadhan untuk APA!! untuk halau MALAIKAT yang bawa Rahmat ke??Jadi fikir-fikirkan lah, kenapa kita bermain mercun pada MALAM 7 LIKUR, malah semakin rancak dengan budaya bermain mercun di akhir2 ramadhan ini,.. 

<wah, banyak betul lampu2 dan pelita yang dinyalakan diluar rumah, ada pendapat yang kata bagus, malahan ada juga yang mengatakan pengaruh dari kepercayaan hindu, nenek moyang kita nyalakan lampu pelita di sekitar kawasan rumah, sekeliling kampung sebenarnya untuk memudahkan dan menerangi kawasan2 kampung supaya orang mudah untuk pergi dan balik terawih, dan untuk beribadah di rumah-Nya> 

hmm,.. xsalah kalau hendak bermain, tapi pilih tempat juga, jangan berdekatan dengan kawasan masjid atau tempat2 orang hendak mencari keredhaan Allah, hendak mengerjakan ibadah, dalam bulan ramadhan iaitu bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah swt. 

Wallahua'lam. <perkongsian tazkirah oleh ustaz after terawih>
"keep on writing"



MASA YANG TELAH BERLALU PASTI TIDAK AKAN KEMBALI

 Allah S.W.T berfrman ,"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al 'Asr 103: 1-3)

Sama ada kita sedar atau pun tidak, kita sebenarnya telah membuat sesuatu di dalam kehidupan.

Jika ianya berupa ‘negatif’ maka ianya menjadi DOSA di sisi Allah dan yang ‘positif’ pula maka ianya menjadi PAHALA.

Ia bagaikan dunia yang berpusing setiap hari, kita tidak sedar ianya berpusing tetapi kita hanya sedar bahawa telah berlaku perubahan malam dan siang atau pun perubahan ke atas musim-musimnya.

Suasana hariannya tetap sama tetapi sejarahnya cukup berlainan kerana setiap hari yang sama itu mempunyai peristiwa-peristiwa yang berlainan. Dan peristiwa yang berlainan inilah motif kita mengenang sesuatu yang lepas dan mengharapkan sesuatu yang lebih baik di masa hadapan.

Namun, kita bukan penentunya kerana MASA adalah MILIK ALLAH dan ALLAH sahajalah penentu segala-galanya di dalam kehidupan. Justru, kehidupan itu bukanlah sesuatu yang olok-olok, malah bukan suatu permainan dan perjudian. Kehidupan adalah suatu perjalanan, suatu pelaburan, suatu amanah dan suatu iktiqad.

Apa yang kita kutip semasa hidup akan menjadi hasil tebusan di hari pembalasan. Jika banyak pulangan dari pelaburan ‘saham’ kita semasa hidup maka mudahlah bagi kita tetapi jika kurang, dan semakin berkurangan maka bersedihlah kita.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada umat manusia seluruhnya tentang hari penyesalan iaitu hari diselesaikan perbicaraan perkara masing-masing pada masa mereka (yang ingkar) di dunia ini berada dalam kelalaian serta mereka pula tidak mahu beriman.” (Maryam [19:39])

Oleh itu, ada baik nya kita bermuhasabah diri selalu untuk melihat di mana kita. Jika perlu MENANGIS maka MENANGISLAH DARI SEKARANG kerana MENANGIS KEMUDIANNYA sudah tiada kesannya.

Thursday, August 18, 2011

SEMOGA DOA KITA DIKABULKAN OLEH ALLAH S.W.T.


Syarat dikabulkan doa

1. Yakin bahawa Allah S.W.T. akan mengabulkannya

Sabda Nabi S.A.W.,”Berdoalah kalian kepada Allah S.W.T. dan kalian harus yakin akan dikabulkannya.”(HR Tirmidzi)

Nabi juga bersabda,”Jika salah sorang dari kalian berdoa, maka janganlah ia mengatakan,”Ya Allah,berilah ampunan kepadaku jika Engkau menghendakinya.” Tapi hendaknya ia bersungguh-sngguh dengan permintaannya itu.”(HR Bukhari dan Muslim)

2. Khusyuk ketika menghadap Allah S.W.T.

Sabda Rasulullah S.A.W.,”Ketahuilah bahawa Allah tidak akan mengabulkan doa dari hati-hati yang lalai dan bermain-main.” (HR Tirmidzi)






3. Tidak terburu-buru

Rasulullah S.A.W. bersabda,”Akan dikabulkan doa salah seorng di antara kalian selama ia tidak terburu-buru.”

Terburu-buru di sini bermaksud ketidaksabaran dalam menanti doa dimakbulkan hingga akhirnya membawa kepada putus asa dalam berdoa(memberhentikan doa).

4. Memakan makanan yang halal

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda,”Orang lelaki itu kelihatan kotor dan berdebu kerana perjalanan yang panjang. Kemudian dia mengangkat kedua tangannya ke langit dan berkata,”Wahai Tuhanku, Wahai Tuhanku″, tetapi makanannya adalah haram, minumannya adalah haram, pakaiannya adalah haram, dan dia telah memakan yang haram. Maka bagaimana mungkin doanya akan dimakbulkan?”(HR Abu Daud, an-Nasa’i, Imam Ahmad)

Maka, sebelum kita mengeluh dan terus mengeluh dengan doa-doa kita, jom sama-sama betulkan diri dan berdoa dengan lebih baik lagi. Semoga sama-sama beroleh keredhaanNya dan segala yang dihajati.