Wednesday, March 30, 2011

Kecewa dengan keputusan peperiksaan..

tiba2 ada background adik2ku..^_^

Pasca keputusan SPM keluar, terdapat segelintir remaja yang mencari saya di alam maya. Meminta nasihat bagaimana hendak mengawal perasaan kecewa mereka. Mereka telah mendapat keputusan yang orang ramai pandang sebagai tidak cemerlang. Ada pula sebahagian daripada mereka, keputusannya cemerlang, tetapi dia tidak berpuas hati kerana tidak mendapat straight A’s.
Kecewa teramat-amat.
Seakan-akan dunia telah tertutup, dan menjadi sempit buat mereka.
Malah, ada yang sampai bertanya, “Mengapa Allah buat begini kepada saya?”
Bertenang adik-adik, bertenang.
Pada pendapat saya, SPM bukan pengakhir kehidupan. Ya, bukan pengakhiran. Tetapi SPM hanyalah salah satu ‘checkpoint’ dalam kehidupan. Kita perlu memandang sedemikian.
Barulah hati itu akan tenang dengan keputusan yang diberikan oleh Tuhan.

SPM – ruang muhasabah
Pandang semula ke belakang.
Benarkah sudah studi dengan bersungguh-sungguh? Atau sebenarnya kita masih bermain-main dan agak sambil lewa?
Pandang semula ke belakang.
Apakah kita ini benar-benar menjaga hati guru yang mengajar kita? Atau kita pernah mengecewakannya, tidak beradab dengannya dan sebagainya?
Pandang semula ke belakang.
Apakah kita ini telah berusaha menjaga hati sahabat-sahabat kita, dan orang lain? Atau kita pernah melukakan mereka, menganiayai mereka, berkata buruk kepada mereka, dan sebagainya?
Pandang semula ke belakang.
Bagaimanakah hubungan kita terhadap ibu bapa kita, adik beradik kita, saudara mara kita? Mungkin pernah kita buat sesuatu yang buruk buat mereka?
Pandang semula ke belakang.
Bagaimanakah hubungan kita dengan Allah SWT dan agamaNya? Apakah kita melaksanakan perintahNya? Adakah kita meninggalkan laranganNya? Atau kita tidak peduli dengan itu semua?
Ya. Pandang semua ini. Pandang.
Kemungkinan, keputusan yang buruk, yang mengecewakan, yang tidak mencapai sasaran kita itu, kita perolehi kerana sikap kita yang lalu, yang belum kita usaha untuk diampunkan.
Bukan salah Allah SWT sebenarnya. Salah kita.
“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” Surah Asy-Syuura ayat 30.
SPM tidak lebih hanyalah teguran Allah SWT buat kita. Tidakkah kita memerhatikan?
SPM – hentakan yang kuat.
Manusia ini, biasanya payah untuk beringat. Maka, biasanya Allah SWT akan memberikan beberapa ‘hentakan yang kuat’ dalam kehidupan agar kita terjaga dari lena. Ada orang dengan kematian kedua ibu bapanya, ada orang dengan kehilangan hartanya, ada orang dengan terjadinya bala benca dan sebagainya, yang mana semua itu mengaitkan dengan kehilangan sesuatu yang ‘besar’ dalam kehidupannya.
Untuk remaja, antara yang besar adalah SPMnya. Peperiksaannya.
Allah SWT memberikan hentakan ini, untuk kita tersedar kala usia masih muda, tenaga masih ada. Untuk bergerak menjadi mukmin yang lebih baik, lebih soleh. Tidakkah kita memerhatikan?
SPM – Bukan pengakhiran kehidupan
Jangan kecewa. Jangan salahkan Tuhan. Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tinggal, sesiapa yang tidak memandang hikmahNya, dia akan rugi selama-lama.
Ada orang, kecewa dengan keputusan SPM, terus malas belajar. Dia rugi.
Ada orang, kecewa dengan keputusan SPM, kelar tangan, bunuh diri. Dia rugi.
Itu orang yang tidak mahu memandang hikmah Allah SWT.
Tetapi bagi mereka yang memandang hikmah Allah SWT, maka teguran daripada keputusan yang tak berapa elok ini, akan dilihat dan diambil secara positif. Dia ubah dirinya, menjadi lebih berdisiplin. Dia tingkatkan dirinya, agar menjadi lebih soleh. Dia perbaiki dirinya, agar menjadi yang lebih kuat hubungannya dengan Allah SWT.
Terus bertranformasi menjadi seorang manusia yang baru.
Lantas, kehidupannya selepas SPM itu, akan diharungi dengan kekuatan dan semangat yang baru.
SPM bukan pengakhiran kehidupan. Ada 1001 lagi jalan untuk berjaya, tanpa menggunakan SPM. Tinggal, SPM adalah pemudah cara. Namun, tidak berjaya di dalamnya, bukan bermakna kita tidak akan berjaya di dalam kehidupan kita. Apatah lagi apabila kita sudah menjalani transformasi diri, insyaAllah kehidupan SPM itu akan menjadi lebih bermakna lagi, dan mudah dihadapi.
Ada orang yang tidak cemerlang SPM, berubah, lantas di dalam kepalanya muncul idea bisnes persendirian. Berjaya. Dia tidak rugi dalam kehidupannya.
Ada orang yang tidak mencapai sasarannya di dalam SPM, tidak dapat mengambil kos idaman, berubah, lantas di dalam kos yang terpaksa diambilnya, dia lakukan yang terbaik. Berjaya. Dia tidak rugi dalam kehidupannya.
Ada orang yang gagal dalam SPM, tidak dapat menyambung pengajian, berubah, dengan yakin tanpa segan, mengambil semula SPMnya. Berjaya. Dia tidak rugi dalam kehidupannya.
Mereka ini, adalah manusia-manusia yang memahami, bahawa kehidupan itu lebih besar daripada sebuah SPM.
Tidakkah anda memerhatikan?
Penutup: Jangan kecewa. Allah bukan tidak sayang kita. Bahkan, sayang.
Jangan tanam dalam diri, kalau dapat keputusan yang mengecewakan, itu tandanya Allah tidak sayang dengan kita. Tidak.
Bahkan, keputusan yang mengecewakan itulah tandanya Allah masih sayang kepada kita.
Kita yang banyak dosa, tidak dibiarkan cemerlang begitu sahaja, agar kita mampu memperbaiki diri kita. Kalau tidak diberikan ‘hentakan yang kuat’ ini, mungkin jadilah kita hambaNya yang ingkar sentiasa, tanpa punya peluang tersedar dari alpa. Tidakkah kita memerhatikan?
Dan mungkin juga, kita ini tak banyak dosa, tetapi keputusan tetap mengecewakan. Itulah dia ujian. Ujian adalah untuk peningkatan, tapisan. Allah ingin kita meningkat satu level lagi dalam hubungan kita dengan Dia. Bukankah itu satu perkara yang amat menyenangkan?
Tidakkah kita memerhatikan?
Maka jangan kecewa.
Pandang secara rasional.
Kehidupan belum berakhir.
Kita pandang semula. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita.

"Keep on Writing"...
source:
dari meja penulis Langit Ilahi
http://langitilahi.com/2011/03/28/motivasi-kecewa-dengan-keputusan-peperiksaan/#more-1292

Saturday, February 12, 2011

Perjalananku sbg fasilitator adik-adikku musim 2.

Assalamualaikum, buat sahabat2 yg menziarahi blog ini, moga dgn ziarah yg sebentar, kita dapat sama2 membaiki hubungan kita sesama muslim. Dgn hanya memberi salam & senyum dpt memberikan kegembiraan kpd org lain,.. ^_^



Program realiti TV, makin bertambah sejak kebelakangan ini tetapi moga2 rancangan yang bertemakan dakwah, yang menyampaikan mesej kepada umum untuk membesarkan kalimat Allah swt, makin bertambah juga, insyaallah. Subhanallah, ana x tersangka daripada ramai orang yang menghantar resume untuk menjadi fasilitator adik-adikku, ana yang terpilih, but its was a nice memory with them, ana seronok bersama adik2 nih, mereka sangat-sangat berbeza daripada budak2 biasa, sbg cthny: hmmm, ana akan beri situasi bersama adik-adikku yer, 

-fasi & peserta program..

fasi: Assalamualaikum dik, apa khabar hari ni?
peserta: alhamdulillah sihat, bang...

tetapi sangat-sangat berbeza dgn adik2 yang lain (peserta program lain)....

peserta: sihat bang...

Subhanallah, dari sini kita dapat nampak, betapa bezanya mereka dgn kanak-kanak yang lain, syukran jazilan kpd mak ayah, guru-guru kpd peserta-peserta Adik-adikku, kerana berjaya utk membentuk sifat-sifat muslim ke dalam diri adik-adik ni, dari first impression ini, nampaknya memudahkan ana untuk jaga adik-adik.. Ana hanyalah seorang insan biasa yang kadangkala akan terjatuh & tersungkur. Moga dgn cerita begini, kita dapat sama2 bersemangat untuk mendidik anak bangsa kita.


Peserta2 bergambar, selepas habis rakaman

Adik-adik lelaki bersama kak butik<kak sal>, dlm make-up room

"keep on writing"

Abang Hafizuddin,
Fasilitator Adik-adikku-

Sunday, January 16, 2011

Taubat dan keampunan

Thursday, 13 January 2011. Posted by abuikhwan at 23:47



“Setiap anak adam sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan ialah mereka yang sentiasa bertaubat.” (Ibnu Majah)

Sesungguhnya keampunan kepada orang yang berdosa seumpama air kepada ikan dan seumpama makanan kepada manusia yang sedang lapar. Untuk memperolehi keampunan, manusia perlu bertaubat kepada Allah.

Apa yang kita rasa jika ada orang kasih dan sayang kepada kita. Tentu kita rasa gembira dan seronok. Begitu juga Allah amat kasih dan sayang kepada orang yang bertaubat. Kasih sayang siapa lagi yang paling tinggi daripada kasih sayang Allah. Sebagaimana firman-Nya: "Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaubat dan mengasihi orang-orang yang menyucikan diri." (at-Tahrim:8).

Ingatlah Allah membuka rahmat selebar-lebarnya untuk menerima taubat orang yang berbuat jahat di waktu malam sehingga siangnya, dan menerima taubat orang yang berbuat jahat di waktu siang sehingga malamnya. Hal keadaan ini berterusan sehinggalah matahari terbit dari barat (Hari Kiamat).

Rasulullah saw telah mengingatkan umatnya supaya merebut peluang bertaubat yang sentiasa terbuka luas, namun harus diingat ia ada tempoh akhirnya, selepas itu rayuan dan rintihan tidak akan dilayan lagi. Sabda baginda: "Sesungguhnya Allah SWT akan menerima taubat hamba-Nya selama roh belum sampai ke ghar-gharah (nazak).

Sesungguhnya Allah menerima taubat dan keinsafan kita semua selaku hamba-Nya. Namun demikian ia mestilah menurut syarat dan panduannya yang betul.

Renungan bersama

Kisah daripada Saiyidina Ali kaw, bahawa seorang lelaki setelah selesai dari menunaikan solat lantas berdoa kepada Allah SWT: "Ya Allah ya Tuhanku, aku bertaubat kepada-Mu sekarang juga." Apabila Saiyidina Ali mendengar doa orang itu lantas beliau pun berkata: "Wahai anda yang sedang berdoa, sesungguhnya taubat yang engkau lakukan secara demikian itu adalah taubat yang dusta, dan taubatmu itu memerlukan satu taubat yang lain."

Maka berkata pula lelaki itu: "Wahai Amir al-Mukminin, sekiranya engkau menyuruh aku bertaubat yang lain pula, maka apakah sebenarnya taubat itu, terangkan kepadaku."

Kata Saiyidina Ali kepada lelaki itu: "Bahawa yang di kata taubat itu ada enam pengertian:

- Sekiranya engkau telah melakukan dosa yang lalu, maka taubatnya hendaklah kamu menyesali segala kesalahan dan dosamu.

- Jika kamu melakukan kesalahan dan dosa kepada Allah SWT kerana meninggalkan perintah yang wajib, maka hendaklah kamu mengerjakan semula kewajipan yang ditinggalkan itu.

- Sekiranya kamu melakukan kezaliman kepada orang lain maka taubatnya ialah bahawa wajib bagi kamu memulangkan semula apa-apa juga yang berlaku kepada orang itu, sehingga tiada lagi perkara yang bersangkutan dengan orang yang kamu zalimi itu dan dia memaafkan segala penganiayaan yang kamu lakukan terhadapnya itu.

- Sekiranya kamu melakukan maksiat sehingga diri dan jiwamu sebati dengan maksiat itu, maka demikian jugalah kamu wajib melakukan taat kepada Allah sehingga jiwamu sebati dengan ketaatan itu.

- Sebagaimana lazat dan manisnya maksiat yang kamu lakukan, maka demikianlah pula kamu lakukan ketaatan sekalipun pahit.

- Sekiranya kamu melakukan maksiat kepada Allah dalam keadaan kamu gembira dengan gelak ketawa, maka sampailah giliran kamu menangis menyesali dosa yang kamu lakukan itu beserta mengerjakan ketaatan kepada Allah SWT.

Telah datang seorang lelaki mengadu kepada Rasulullah saw, lalu berkata: Aduh dosaku! Aduh dosaku! Sehingga dua kali atau tiga kali. Maka Rasulullah saw bersabda kepadanya: Ucapkanlah olehmu: Ya Allah, keampunan-Mu lebih luas daripada dosaku dan kasih sayang-Mu daripada amalanku. Maka doa itu diucapkan lagi oleh lelaki itu. Rasulullah saw pun bersabda lagi: Ulangi sekali lagi! Maka diucapkan lagi oleh lelaki itu. Lalu Rasulullah saw bersabda: Berdirilah! Sesungguhnya telah diampuni oleh Allah dosamu itu."

Alhamdulillah, Allah adalah Tuhan kita yang sangat pengasih dan penyayang.

Wednesday, January 12, 2011

Quran Miracle The Reference 22 in 1

Dapatkan dengan harga yang murah RM180 seunit.......
Harga pasaran RM300.

Hubungi : 013-9182174 (hafiz)

Harga Borong;

5unit : RM150.00
10unit : RM140.00









































dan lain-lain...



DAPATKAN SEKARANG........ 
DENGAN HARGA MURAH RM180

Harga Pasaran RM 300

Hubungi : 013-9182174 (hafiz) untuk sebarang pertanyaan & tempahan.
note: RM180 termasuk kos penghantaran