Wednesday, August 17, 2011

HATI MENJADI TENANG APABILA KITA INGAT KEPADA ALLAH S.W.T.

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw, firman Allah swt didalam kitabnya, 
"Inna nahnu nazzalnaz zikra, wainnalahu lahafizun ", 
yang bermaksud  
"Sesungguhnya kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan pasti Kami lah yang akan menjaganya", (Surah Al-Hijr:ayat9) 
benarlah kata-kataNya didalam kitab yang agung al-quranul karim,..

Sabda Nabi S.A.W, 
"Mahukah aku beritahu kamu tentang amal yang paling bersih di sisi Tuhanmu dan paling tinggi mengangkat darjatmu, dan lebih baik bagimu dari berperang melawan musuh, kamu memenggal leher mereka dan mereka pun memenggal leher kamu?" 

Para Sahabat menjawab, "Khabarkan kepada kami."

Rasulullah S.A.W. pun bersabda, "Zikir (ingat) kepada Allah". (HR Hadis At-Tirmizi dan Ibnu Majah) 

Firman Allah S.W.T, 

"Maka apabila kamu telah menyelesaikan solatmu, ingatlah Allah di masa berdiri, di masa duduk dan di masa berbaring." (An-Nisa' 103) 

Firman Allah S.W.T, 
"Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang." (Al-Ahzab 41-42) 

Allah S.W.T.berfirman yang bermaksud: 
"Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." (Surah ar-Ra'd, ayat 28)  

Wallahua'alam....
"keep on writing" ::.

Al-Quran Al-Karim


Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya".

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu.

Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata:

"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun.Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata:

"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat."

"Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacitalagi"

Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga.

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita.

Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri.

Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat.

Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia.

Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberisyafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.

Allahu 'Alam...

::. perkongsian IM Nazrul

Saturday, August 13, 2011

Math Tuisyen

Assalamualaikum,.. maybe sudah lama xmenulis dlm blog ni, alhamdulillah, disepanjang cuti semestar dapat menghabiskan masa dengan mengajar tuisyen, its ok, bcoz, i just want to find some experience in teaching.. its fun dan kalau teringat balik time ngajar, ha3, rasanya agak lawak pun ada jg, ana "memaksa" budak2 ni utk faham apa yg ana ajar, ha3.. but I dont know, weather they understand or not,.. ^_^, <ok, kita buat one more question then we can go home, tp bila dah hbs, selagi depa xfaham, tambah lg dgn satu lagi soalan, ha3, ada yg dah merah muka (ezany, dgn adik2 yg perempuan, ha3), dari tulisan yg cantik terus xcantik.. ha3, its cruel..> minta maaf ye.. hi3.. walaupun ada minggu yg xdpt nak mgajar. hu3, sibuk dengan berulang alik dari kedah pi KL, utk Madrasah Al-Quran but the journey, is fun, dpt solat jamak qasar, jumpa kwn2 upm, dapat kwn2 di madrasah AQ n tahu info2 tambahan, dari ustaz, about ramadhan... syukur alhamdulillah,.. Selamat berjaya untuk adik2 yg bakal menduduki peperiksaan percubaan SPM esok,.. dlm tempoh 2mggu, bismillahitawakkaltu a'lallah, dgn nama Allah, kita bertawakal kpd-Nya...

atira & sofi

arif, amar, ezany, zul dan hadi...

saiful, .. hah3, dah xigt nama.. faiz.. hu3, tgh cuba mgingat nama.. ^^,









one info I want to share, rujukan dalam kelas Sejarah Matematik, Prof. Dr. Mat Rofa- Nabi Nuh terkenal dgn Ilmu kejuruteraan, kerana keupayaan baginda untuk membina sebuah kapal besar, Ilmu matematik siapa? adakah org2 barat, sprtimana yg diberitahu dlm internet dn lain2 info yg semuanya dari barat.. org barat tidak akan terima kelebihan kita, walaupun kita lebih hebat dari mereka,.. Ilmu Matematik- Nabi Idris a.s...