Sunday, July 24, 2011

Madrasah Al-Quran dan Sunnah (Special Ramadhan) TV Al-Hijrah

EPISOD RAMADHAN 

Sahabat-sahabat Pembina UPM 4orang, 2orang dari USIM dan Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi, (Mursyid Imam Muda 1)





Sedikit nota2 yang sempat disalin sepanjang rakaman, insyaallah, sama2 kita menonton rancangan Madrasah AlQuran dan sunnah di TV Alhijrah di saluran 114, ASTRO. setiap hari jumaat-ahad, pukul 7.00 pagi dan siaran ulangan hari Isnin hingga rabu, jam 1.30 tengahari.



Episod 1.

Bacaan ayat AQ, (2:183 & 184)

Maksud: Puasa secara bahasanya diertikan sebagai menahan diri, dari istilah syarak bermaksud menahan diri daripada makan dan minum, serta perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Hadis berkaitan:

1.Rasulullah saw brsabda: “Islam terbina atas lima perkara: Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan nabi Muhammad itu utusan-Nya, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitullah dan menunaikan puasa pada bulan ramadhan” (HR Bukhari dan Muslim).

2.Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya dadalam syurga terdapat satu pintu yang dinamakan pintu Al-Rayyan yang hanya dimasuki oleh orang yang berpuasa. Ditanyakan: Dimanakah orang-orang yang berpuasa? Maka mereka masuk dari pintu tersebut. Setelah semua orang yang berpuasa memasukinya, pintu itu pun akan ditutup dan tidak akan ada lagi yang masuk melaluinya” (HR Muslim, dari Sahl Ibn Sa’ad).

3.Rasulullah saw bersabda: “Ada tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi”. (HR. At-Tarmizi)

Dr. Yusuf Qardhawi dalam kitabnya al-Ibadah fil islam, menyatakan lima rahsia kelebihan ramadhan,

1.Menguatkan jiwa.

2.Mendidik keinginan kearah kebaikkan.

3.Menyihatkan badan.

4.Mengenal nilai kenikmatan dan bersyukur.

5. Mengingati dan merasakan penderitaan orang lain.


Nama-nama lain Ramadhan:

1.Shahrul siyam. (bulan puasa)
2.Shahrul Quran (bulan diturunkan Al-quran)
3.Shahrul Tilawah.
4. Shahrul Mubarak.
5. Shahrul Kareem.
6.Shahrul Sadaqah.
7.Shahrul Mubarak.
8.Shahrul Tarbiyyah.
9.Shahrul Ni’mat. (bulan nikmat)
10. Shahrul Ma’firah (bulan keampunan)
11.Shahrul rahmat. dan lain-lain.



Episod 2. 


Tafsir ayat (2:183)


Tips2 membezakan surah2 makkiyah dan madaniyah, iaitu surah2 yang diturunkan di Mekah atau madinah.

Ayat makkiyah- “Wahai orang-orang yang beriman…”
Ayat madaniyah- “Wahai sekalian manusia…”


Pandangan 1: Said bin Jabir: persamaan hanya pada kewajipan berpuasa tetapi tidak dilaksanakan didalam bulan ramadhan.

(Surah Al-Maidah, 5:48)


Istilah-istilah penting.

Fajar saddiq- waktu subuh

Fajar kazib- sebelum masuk waktu subuh, iaitu cahaya yang hanya kelihatan sebentar sahaja di ufuk langit dan kemudian hilang.


Puasa bangsa lain:

1.Bangsa Qibti, (mesir tua)
2.Bangsa Rom,
3.Bangsa Yahudi.
4.Bangsa Greek tua.
5. Tibet….


Episod 3.


Haiwan juga berpuasa. Contoh:

1.Ayam yang mengeram telur.
2.Ulat didalam kepompong.
3.Ular sebelum proses salin kulit.
4.Beruang ketika musim sejuk.
5.Haiwan apabila sakit, berpuasa.

Puasa nabi-nabi terdahulu.

1.Ibnu abi hatim, puasa pertama kali dijadikan ibadat pada zaman nabi Nuh.

2.Syihabuddin Al-Alusi, penulis tafsir ruhul ma’ani berbeza pendapat: Berdasarkan hadis nabi yang direkodkan Abdullah bin Umar beliau percaya puasa ramdhan dijadikan ibadat sejak zaman nabi Adam as.

(Surah Al-A’araf, 7:142)….

Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya air liur/mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi” (HR.Muslim)



Syukran jazilan buat Humaira bookstore kerana telah menaja Tafsir Quran Perkata, terima kasih banyak, tafsir ni, sgt bermakna buat kami, pelajar2 madrasah untuk dibuat rujukan.. syukran jazilan sekali lagi di atas tajaan Al-Quran...(facebook humaira bookstore)