Tuesday, January 1, 2013

Pendaftaran IQKL 2013

Bismillah... >_<


Pada hari ini bermula sesi pendaftaran pelajar di Sekolah Menengah Islam IQKL, Institut Al-Quran Kuala Lumpur. Seramai 70 sehingga 80 orang pelajar dijangka untuk mendaftar pada tahun ini,.. ramai berbanding kemasukkan tahun2 yang lepas. Pada tahun ini, bermula episod baru dalam hidupku, bergelar seorang pendidik, di sekolah ini. Pada tahun ini, aku mengajar matematik form 3, 4 & 5, serta add math form 4.. its mean, semakin banyak masa aku mengajar di sekolah.. Aku mesti belajar untuk membahagikan masa untuk sambung belajar dan mengajar..

Bidang matematik merupakan bidang ilmu yang luas, bidang ini sudah ada sejak Zaman Nabi Adam a.s, dan lebih detail lagi ilmunya adalah pada zaman Nabi Idris a.s, suatu input baru, yang aku dapat ketika belajar di universiti, dan di ketika ini, aku masih menyambung belajar di UPM, untuk mengkaji semula sistem nilai yang sepatutnya diajar bersama konsep matematik di sekolah, kalau tidak, generasi akan datang tidak akan tahu kegunaan matematik dalam kehidupan, bahkan matematik sudah ada dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, cuba lihat, corak di baju anda, pattern yang berulang-ulang. Pattern ini sangat cantik untuk dikaji dan berkait rapat dengan subjek Janjang yang kita belajar dalam add math form 5 dan lain2..

He3, sudah lari dari topik yang sepatutnya.. =)
Aku mendapat maklumat dari cikgu2, katanya di sekolah ini, ramai anak-anak dari penyanyi nasyid menghantar anak untuk belajar di sekolah ini,. pada kemasukan tahun ini, anak dari penyanyi nasyid munif juga mendaftar di sekolah ini,.. Moga semua anak-anak yang mendaftar pada tahun ini, mendapat semangat baru untuk meneruskan pengajian dalam tahfiz dan juga akademik. Sekolah Menengah Islam IQKL mempunyai ramai ustaz, ustazah, serta guru yang hebat2 dalam bidang masing-masing,..

wallahua'am..






"Keep on Wrinting"
Mohd Hafizuddin bin Mazlan

No comments:

Post a Comment