Monday, October 24, 2011

Syabas HIMPUN!!!

Selamatkan Aqidah
Ayuh kita bersama
Satu hati suara
Meluahkan rasa gundah di jiwa
Gejala melanda akidah umat di cabar
Marilah kita pertahankannya

Bersatu suara dan satu usaha
Bergandingan tangan menggapai cita
Tiada mustahil jika ummahnya
Teguh bersama
Dengan keizinan Allah Yang Maha Esa

Andainya warga bersatu
Kan gentar seteru
Angin sengketa pun tak kan mampu bertiup
Keimanan yang utuh
Tidak kan mudah runtuh
Biarpun dihasut
Musuh-musuh agama

Mantap Aqidah
Kukuh Agama
Perkasa Ummah
Teguh Negara
Bersatu Jiwa
Tak kira warna kulit dan bangsa
Erti bersaudara

Marilah kita bersama zahirkan
Rasa keperihatinan
Dalam usaha selamatkan Aqidah Ummah
Lagu: Isman Hijjaz
Lirik: Atie & edited by Munsyid

Syabas HIMPUN!!!..

Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Selamatkan Aqidah di Stadium Shah Alam pada 22 Okt 2011. Anjuran sebahagian NGO-NGO Islam di Malaysia.

Dianggarkan 10,000 ke 15,000 telah hadir.

Turut hadir sama ialah Mufti Negeri Perak, SS Ust Harussani, YB Dato' Dr Hassan Ali, ahli akademik, bekas naib canselor UITM serta pimpinan NGO yg terlibat seperti Isma, Pembina, Perkasa, TERAS, GAMIS. dll.

HIMPUN bertujuan mengumpulkan seramai mungkin umat Islam bagi menyatakan kekesalan dan bantahan terhadap gerakan pemurtadan oleh segelintir penganut dan paderi Kristian di Malaysia (Evangelist) terhadap orang Islam khususnya Melayu.

HIMPUN bukan untuk mewujudkan permusuhan terhadap agama Kristian. Sebaliknya HIMPUN mahu supaya gerakan mengajak orang Islam kepada Kristian DIHENTIKAN kerana aktiviti tersebut mengganggu keharmonian umat Islam, mencabar sensitiviti umat Islam dan menyalahi Perlembagaan dan Undang-undang di Malaysia.




Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) anjuran NGO-NGO Islam termasuk ISMA telah berlangsung dengan jayanya. Himpunan ini yang dicetuskan oleh beberapa siri pemurtadan dan yang terkini dalam isu siasatan JAIS ke atas DUMC telah berlangsung dengan aman. Syabas Ahli-ahli Seketariat dari ISMA, PEMBINA dan NGO lain yang telah bertungkus lumus.


Penilaian di atas adalah berasaskan kepada tujuan terpenting yang telah digariskan oleh penganjur iaitu bagi memberi amaran kepada ‘agen-agen pemurtadan’ bahawa umat Islam di Malaysia tidak akan mengizinkan perkara tersebut terus berlaku dalam negara yang tercinta ini. Penegasan ini adalah konsistan sejak mula ia dipromosikan, juga ketika ucapan para pemidato sedang berlangsung dan akhirnya ketika sidang akhbar di akhir majlis. Nyatalah andaian buruk sesetengah pihak terhadap tujuan ia diadakan tersasar jauh. Penganjuranya yang disensasikan juga mempromosikanya secara tidak langsung.


Program ini juga telah berjaya menzahirkan sikap sebenar sesetengah pihak terhadap isu survival Islam di negara ini. Penegasan artikal 11 (4) berhubung ‘kebenaran untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama (lain) di kalangan orang Islam’, ia seolah-olah telah dikesampingkan. “Aqidah umat ini tidak terancam…” katanya (kecuali yang bersamaan dengan manifesto mereka?). Akhirnya masyarakat mungkin mengatakan ada ‘musang berbulu ayam’ rupa-rupanya. Malanglah jika ianya benar.


Kejayaan program ini juga dapat dilihat melalui iltizam kesemua pembenteng untuk tidak menzahirkan atau mempromosikan agenda parti atau badan masing-masing. Seruan kesatuan umat dalam mendaulatkan Islam bertali arus dicelah-celah languan takbir dari mulut semua pembentang. Ramai yang terharu dengan munajat  YB Datuk Dr. Hassan Ali, yang sanggup hadir bagi menzahirkan keperihatinanya sebagai hamba Allah dan ‘meninggalkan’ jawatan Exco Selangor dan pimpinan Pas Pusat. Keadaan ini telah memberi isyarat penting kepada ahli-ahli politik, di sana telah ada aliran ketiga yang akan memimpin cara fikir dan tindakan umat ini. Arus ini akan berkembang dan bakal menjadi pengimbang bagi mengatasi keserabutan perebutan kuasa politik yang telah membarah. ISMA amat bersyukur dengan natijah ini kerana ia bertepatan dengan slogannya yang sedang dilaungkan.


Namun, jika kita hanya menyempitkan kejayaan sesuatu program berdasarkan jumlah yang hadir, kita sebenarnya telah tersilap membuat kesimpulan. Sambutan kehadiran 5,000 atau 10,000 orang tidak lagi penting, ia jika kita melihat sisi kejayaan lain yang lebih bermakna.
 

Kehadiran wakil dari badan yang sering dikaitkan dengan Pas iaitu Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) dan Front Anti-Murtad (Forkad) memberikan sekurang-kurangnya dua isyarat kepada umat Islam iaitu; sebenarnya kebanyakan anggota Dewan Pemuda dan golongan muda Pas masih bersama NGO lain dalam isu ini atau ia pula sebenarnya merupakan satu protes senyap golongan muda terhadap keputusan Mesyuarat Lajnah Politik PAS atau kedua-duanya sekali. Tahniah untuk Gamis dan Forkad. Allah S.W.T sahaja yang Maha Mengetahui, moga Allah menyatukan umat ini atas aqidah yang sahih.


Melayu Sepakat, Islam Berdaulat



Dr. Kamil Azmi Tohiran (Murabbi ana ^_^,)

Pengerusi Biro Media dan Penerangan ISMA

info: http://www.ismaweb.net/v4/2011/10/syabas-himpun/


Friday, October 14, 2011

Kisah hidup Syeikh Abdul Qadir Jilani

Kenali seorang tokoh ulama' sufi yang dikenang sepanjang zaman iaitu Sultan Auliya' Syeikh AbdulQadir Jilani. Semoga kita dapat dikurniakan Allah Ta'ala hati yang suci untuk memahami perjalanan kerohanian para kekasihNya.
PART 1...



PART 2



PART3

PART 4
PART 5


PART 6



PART 7

PART 8

PART 9

PART 10


PART 11




Saturday, October 8, 2011

Himpunan Sejuta Umat


 

Dengar dan fahami.. Kenapa HIMPUN??
<Jauh skali jika isu POLITIK, NOT POLITIC. ulang sekali lagi, bukan ISU POLITIK, but its all about ISLAM, kedudukan ISLAM, akidah Umat Islam, isu-isu murtad.....>

Apa yang kita mahu capai dalam Himpunan Sejuta Umat ini ?

Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.

Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.

Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.

Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.

Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.

Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.


Aturcara:

22 Oktober 2011 | Sabtu

2.00 petang hingga 6.00 petang

Stadium Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tentatif awal program Himpunan Sejuta Umat ( akan dikemaskini dalam masa terdekat) :

Ucapan penganjur mengalu-alukan penyertaan para peserta himpunan
Alunan Asma Ul-Husna
Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan terjemahan
Nasyid bertemakan jihad mempertahankan kesucian Islam
Ucapan tetamu utama
Ucapan wakil-wakil NGO terpilih
bacaan ikrar mempertahankan kesucian Islam
Menyampaikan logo Himpunan Sejuta Umat kepada wakil-wakil negeri sebagai tanda komitmen mereka penganjuran himpunan yang sama diperingkat negeri-negeri.


Garis Panduan HIMPUN Selamatkan Aqidah

1. Peserta dilarang berhimpun di luar stadium serta mengganggu perjalanan lalu lintas
2. Peserta hendaklah masuk secara aman dan meninggalkan stadium secara aman 
3. Peserta diminta berpakaian sopan dan menutup aurat sejajar dengan akhlak Islam dan nilai-nilai ketimuran. 
4. Perta tidak dibenarkan membawa atau mengedarkan apa-apa risalah selain dari berkaitan dengan tema perhimpunan. 
5. Peserta tidak dibenarkan membawa atau mempamer apa-apa sepanduk, kain rentang atau placard selain dari slogan yang dibenarkan*. 
6. Peserta dilarang membuat sebarang bentuk provokasi atau mencetuskan suasana yang tegang dan menjejaskan keamanan.

7. Peserta dilarang membawa sebarang bentuk senjata atau barang2 yang merbahaya seperti mercun dsbnya ke dalam kawasan perhimpunan berlangsung.

8. Peserta digalakkan membawa sajadah dan pakaian untuk solat (perempuan).

9. Peserta himpunan diminta mematuhi setiap arahan dan memberi bekerjasama penuh kepada urusetia HIMPUN sepanjang perhimpunan berlangsung

10. Peserta himpunan diminta bersurai secara aman dan teratur selepas tamat perhimpunan.

*Ayat2 yg dibenarkan dlm banner dan placard:-

a. Selamatkan Aqidah Umat
b. Jangan Gugat Kedudukan Islam
c. Bersatu Selamatkan Aqidah
d. Melayu Sepakat Islam Berdaulat
e. Hidup Melayu Hidup Islam
f. Pertahan Institusi Raja
g. Daulat Tuanku Allahuakbar!
h. Suara Umat Suara Keramat
i. Satu Ummah Satu Aqidah
j. Hormati Islam Agama Negara
k. Bersama Cegah Murtad
l. Hentikan Usaha Pemurtadan..

Lagu tema HIMPUN
Lagu Selamatkan Akidah yang menampilkan MUNSYID MALAYSIA (Gabungan Penasyid-Penasyid Malaysia) sebagai menyokong Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN)
pada 22 Oktober 2011 di Stadium Shah Alam, Selangor.
lebih lanjut refer: http://himpun.org/

Friday, October 7, 2011

SYAITAN PUN TAKUT

SAMA-SAMA AMBIL IKTIBAR DARIPADA KISAH INI.




Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka syaitan pun sambil tersenyum berkata, "Orang ini memang layak menjadi sahabatku..!"

Begitu juga ketika waktu zohor orang ini tidak mengerjakan solat, syaitan tersenyum lebar sambil berkata, " Rupanya inilah bakal sahabat sejatiku di akhirat nanti..!"

Ketika waktu asar hampir habis tetapi sahabatnya itu dilihatnya masih juga terlalu asyik dengan kegiatannya, Syaitan mulai terdiam......

Kemudian ketika datang waktunya maghrib, sahabatnya itu ternyata tidak solat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang mengingat-ingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihat sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya, maka syaitan itu sangat panik. Ia rupanya tidak lagi dapat menahan diri, dihampirinya sahabatnya itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"

Dengan kehairanan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat?". "Aku takut !", jawab syaitan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada Adam, telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya. Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata syaitan sambil bergegas pergi..

Source: sahabat2 Facebook...

Sunday, October 2, 2011

Kuliah Fiqh (PEMBINA)

Kuliah Fiqh anjuran PEMBINA UPM, Persatuan Belia Islam Nasional, bertempat di Kolej Serumpun, Universiti Putra Malaysia.

tersilap info** Ustaz Fauzi merupakan seorang naib presiden II, ISMA, Ikatan Muslimin Malaysia...