Saturday, November 26, 2011

Antara Dua Hati

Bismillahirrahmanirrahim,..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Suatu hari seorang  guru bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang  marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”
Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”
“Tapi…” guru bertanya kembali
“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak  berbicara secara lembut?”

Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut  mereka. Namun tiada satu pun  jawapan yang memuaskan.

Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam  kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun  secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.

Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka  menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”

Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?

Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar  dengan begitu jelas.

Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.

Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak.  Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”

 Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi  mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita.

Wednesday, November 9, 2011

Hijab pesanan buat kaum hawa.

Bait-bait syair:

Wahai saudari,
Jangan terpedaya dengan hasutan syaitan,
Sesungguhnya kewajipan hijab datangnya dari tuhan kita Yang Maha Memberi,
Kita telah mendengar kata-kata yang ajaib dari saudari kita,
Ungkapan mereka tidak menyenagkan tentang hijab,
mengatakan diantara pakaian yang hitam gelap,
bagaikan diikat khemah diatas tengkuk,
kononnya mereka mengajak untuk membebaskan para gadis,
lalu ditulis tentangnya didalam buku,
mereka melakar cara berhias yang kononnya tidak akan merugikan para pemuda,

Wahai saudariku,
inilah lolongan pembenci umpama serigala.
maka nerakalah seburuk-buruk tempat pembalasan bagi orang zalim,
Allah akan membentangkan segala kezaliman mereka di hari perhitungan,
Dan syurgalah sebaik-baik tempat kembali,......





Sunday, November 6, 2011

Jenis-Jenis HATI.

Bismillahirrahmanirrahim,...

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,

Dengan Nama Allah (SWT) Yang Maha Pemurah, Penyayang Lagi Maha Agung. Sesungguhnya segala puji, kemulian dan sanjungan itu hanya pada Mu sahaja. Selawat dan salam untuk junjungan besar kita Nabi Muhammad (SAW). 

Wahai Pemuda!!

Tiada seorang pun dari kita, keluar dari rumahnya dalam keadaan orang lain tidak senang melihat kepadanya. Yakni tidak mungkin ada di kalangan kita keluar dari rumah sebelum mencuci mukanya dan memakai pakaian yang cantik-cantik belaka. Mungkin salah seorang dari kita, bila keluar di jalanan, dan terdapat cermin di dalam lif contohnya, dan mendapati bahawa terdapat sesuatu di matanya, dan pada pakaiannya terdapat sesuatu yang tidak sesuai dilihat oleh orang lain dan merendahkan nilai dirinya, mungkin dia akan berpatah balik dari perjalanannya, mungkin daripada keretanya akan pulang kerumah untuk membersihkan dirinya, supaya orang lain dapat melihatnya. Ini adalah bandingan bagi suatu yang dilihat dan diambil kira oleh manusia.



Bagaimana pula dengan tempat yang dilihat oleh Ar-Rahman??

Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras dan luaran kamu, tetapi Dia melihat kepada "HATI" kamu. Sekiranya salah seorang dari kalangan kita, merasai perasaan ini setiap hari, Berapakah nilai pandangan Allah swt. pada hatinya, nescaya dia akan menyiapkan dirinya, sebagaimana dia menyiapkan pakaiannya, wajahnya apabila keluar kepada manusia. Bahkan lebih baik dari ini lagi. Memadailah bagi kita, bila kita menyamakan pandangan makhluk dan pandangan pencipta, nescaya keadaan kita adalah sangat baik daripada sekarang ini. Berkata saidina Ali bin Abi Thalib: "Bekas-bekas Allah di dalam dunia ini adalah hati".



Hati adalah tempat turunnya rahmat, juga mengandungi Ilmu pengetahuan. Para Ulama' membahagikan hati kepada empat bahagian.

1. Hati yang tercemar dengan kekotoran.

Seperti bekas cawan yang didalamnya terdapat kekotoran dan najis. Seperti hati yang terdapat didalamnya sombong, bohong, hasad dan berlagak dengan manusia. Apabila turun rahmat dan ilmu kedalam hati ini, tercemarlah rahmat tersebut disebabkan oleh kekotoran yang ada di dalam hati itu.

Seperti yang disebutkan Allah swt:

"Tidakkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan mereka dan disesatkan oleh Allah dengan ilmu mereka".

Ilmu tetap masuk! kerana setitis dari hawa nafsu, dapat mencemarkan lautan ilmu. Maka ini adalah perumpamaan bagi hati yang dicemari dengan najis.

2. Hati yang pecah.

Seperti hati manusia yang terus melakukan maksiat. Setiap kali dia melakukan kebaikkan, dia akan melakukan maksiat selepas itu. Hadir majlis yang mulia, tapi bila keluar sahaja daripada majlis itu, terus mengumpat orang lain. Selepas memegang biji tasbih, berzikir atau solat sunat dua rokaat, terus buka televisyen dan menonton adegan-adegan yang diharamkan. Maka tidak sempat pun rahmat itu kekal didalam hatinya melainkan ia keluar, disebabkan maksiat ini.

3. Hati yang tertutup.

Sesetengah manusia, lebih bahaya darpada ini semua, hatinya tertutup dan terkunci. Bagaimanapun tercurah rahmat, turun air keatasnya, tidak akan masuk air kedalam bekas ini kerana ianya tertutup dan terkunci. Ini adalah contoh bagi hati orang yang suka membangkang. Membangkang Allah, orang-orang yang soleh. Bila dia menghadiri satu majlis yang baik, dia akan mencari kesalahan orang. Apabila ada orang sedang solat, dia melihat solat orang tersebut "tidak sah", Dia ada masalah, seperti derhaka kepada ibubapa, memutuskan hubungan silaturrahim. Ini semua adalah perkara yang sebenar-benarnya menutup hati! Tidak dapat dimasuki dengan rahmat.

Sepertimana yang disebut oleh Nabi SAW: 

Empat golongan yang tidak diampunkan pada bulan Ramadhan, antaranya adalah derhaka kepada kedua ibubapa, peminum arak, dua orang yang bermusuh dan yang memutuskan hubungan silaturrahim. Ini memang tidak akan masuk langsung rahmat kedalam hatinya.



4. Hati yang suci, yang berhadap ke langit.

Adapun hati yang keempat, aku berharap agar ini merupakan hatiku dan hati kamu semua, Insyaallah, Hati yang bersih, jernih dan menerima. Hati ini, subhanallah, dengan hanya ibadat yang sikit, sekiranya hadir majlis yang baik-baik, solat dan berzikir kepada Allah, terus kita akan mendapati hati ini penuh dengan kebaikkan dan rahmat.



Ramai orang, selepas daripada mendengar perbicaraan tentang hati terkesan. Tetapi soalan mahsyur adalah "Apakah ubatnya? apa aku nak buat? aku tahu hati aku ini rosak, hati aku ni kotor dan aku tahu memang hatiku begini. Apa ubatnya?"

Satu perkara penting yang dapat kita kongsikan adalah "Mengenal Penyakit". Seseorang itu apabila sudah mengetahui penyakitnya, dianggap "mengenal penyakit" ini sebagai antara langkah terpenting daripada langkah-langkah perubatan. Perkara ini mungkin tidak diambil berat oleh masyarakat. 70% atau 80% daripada proses pengubatan, adalah mengenal pasti penyakit, sehingga dalam dunia perubatan badan. Perkara paling penting bila kita pergi ke hospital untuk berubat dengan doktor, adalah diagnosis penyakit dengan betul. Kemudian mudahlah doktor itu tulis arahan untuk makan ubat sebiji sebiji dan selesailah. Tapi sekiranya tersalah diagnosis penyakit dan diberi pula ubat yang salah, bertahun-tahun pun tidak akan sembuh dari penyakit itu.



Matlamat pada bekas-bekas / hati dan susunan tadi adalah supaya kita kenal pasti hati kita tergolong dalam jenis hati yang mana. Apabila sudah tahu, maka mudahlah untuk diperlakukan hati itu, berlawanan dengan keadaannya sekarang. Sekiranya kotor, dibersihkan,... sekiranya tertutup, dibuka,.... sekiranya banyak dosa, berhenti daripada melakukan dosa-dosa dan membaiki hatinya.

Sekiranya kita sudah mengenal pasti keadaan diri kita masing-masing, telah jujurlah kita dalam menuju kepada ALLAH SWT. Dan paling utama sekali adalah, apabila seseorang itu sudah tahu pada dirinya terdapat keburukan dan kekurangan, berlindung kepada Allah supaya disembuhkan dari penyakit hati kita itu dan Allah akan menyembuhkan.

"Dan sekiranya aku sakit, Dialah yang menyembuhkanku,"



"Keep on writing".. ^_^
rujukan:  youtube- rancangan Fattabiouni, <Jenis-jenis hati.>

Jenis-jenis hati

http://mohamadkhirjohari.blogspot.com/2011/09/mencari-kunci-hati.html#comment-form