Tuesday, February 28, 2012

.:Berbaris untuk lihat Janggut Rasulullah saw:.

DHAKA, Bangladesh – Sejumlah penganut Islam berbaris panjang untuk melihat sehelai janggut Nabi Muhammad SAW di Masjid Nasional di sini semalam.

Janggut itu diletakkan di dalam sebuah bekas berkaca semasa ia dipamerkan kepada orang ramai.


Pusat Kebudayaan Turki meminjamkan bekas yang mengandungi janggut Nabi Muhammad itu untuk dipamerkan kepada orang ramai.




Nabi Muhammad wafat pada tahun 632 Masihi semasa berumur 63 tahun. – Agensi

Monday, February 27, 2012

.:Kisah Rasulullah dan Pemuda:.

Antara perkara menarik yang terdapat dalam sirah Nabi SAW, ialah kisah Nabi saw bersama para pemuda. Kisah yang menarik, melihat kebijaksanaan baginda. Sifat rahmat, sifat baik dan lembut baginda. Bagaimana Rasullullah saw mendekati dan mempengaruhi mereka. 


Antaranya kisah Khawwat bin Jubair RA. Seorang sahabat yang masih muda. Dia berkata: kami dalam perjalanan musafir. Khemah aku berjiran dengan khemah Rasulullah saw. Satu hari ketika keluar dari khemah, aku terlihat sekumpulan wanita yang menarik hatiku. Lalu aku kembali ke khemah dan menukar baju yang lebih cantik lagi. Selepas itu, aku pergi duduk bersama mereka. 

Sekarang lihat insiden yang berlaku. Pemuda, seorang sahabat tapi mempunyai naluri seorang pemuda. Dan kisah ini diceritakan oleh beliau sendiri agar menjadi teladan kepada para pemuda islam yang lain. 

Suatu ketika baginda keluar dan terlihat beliau. Baginda bertanya: Ya Abi Abdullah, kau buat apa tu? Rasulullah tahu sebenarnya! Membuatkan aku terkejut. Dia menjawab: Unta aku tak suka duduk diam, sebab itu aku mencari tali ikatan untuknya. Rasulullah saw senyum dan beredar, tanpa berkata sepatah pun. Beberapa ketika selepas itu, baginda terlihat aku. Baginda bertanya: Ya Abu Abdullah! Apa cerita untamu yang tak duduk diam. Aku berasa malu, setiap kali bertemunya, dia akan tanya soalan yang sama. Lalu aku putuskan untuk segera kembali ke madinah kerana malu terhadap Rasulullah saw. 

Lihat bagaimana cara menangani manusia dan perasaannya. Perbezaan diantara kita dan para sahabat ialah bukan mereka tak pernah melakukan kesalahan. Mereka juga melakukan kesalahan, tetapi bezanya, mereka segera bertaubat , menyesal dan merasa malu. Ada diantara kita, langsung tak berasa salah bila melakukan sesuatu kesalahan. 


Khawwat kembali ke madinah dan menjauhkan diri dari masjid. Agar aku tak terserempak dengan Rasulullah saw. Kemudian berkata: Aku merasa terlalu lama. (Maksudnya dia begitu rindu kepada masjid). Aku rindukan masjid. Maka aku ambil peluang ketika masjid kosong. Aku tunai solat sunat dua rakaat, sebelum nabi terlihat aku. Dia berkata: Maka aku masuk ke masjid. Ketika menunaikan solat, tiba-tiba rasulullah saw keluar dari rumahnya. 

Diketahui dinding rumah nabi iaitu rumah Aisyah RA sama hamper dengan dinding Masjid Nabawi. Maka Rasulullah saw masuk ke masjid. 

Baginda solat sunat dua rakaat kemudian duduk. Manakala aku terus bersolat, khawwat menceritakan. Aku berfikir, baik aku panjangkan solat. Mungkin baginda akan beredar dan membiarkan aku. Maksudnya, baik aku panjangkan solat sehingga Nabi saw pergi. Tapi Nabi dapat mengagak, Khawwat sengaja memanjangkan solatnya. Lalu Nabi saw bersabda: Ya Abu Abdullah, Kau solatlah lama mana pun. Demi Allah aku takkan berganjak melainkan kau selesai bersolat. Maksudnya, Aku akan tetap duduk menunggu. Menyebabkan Khawwat merasa segan. 

Ketika bersolat, dirinya berkata: Aku ambil keputusan untuk meminta maaf kepada rasulullah saw.  Lalu aku selesaikan dua rakaat kemudian pergi bersalam kepada rasulullah saw. Lalu rasulullah saw berkata: Ya Abu Abdullah! Apa cerita dengan untamu (diulangi lagi), masih tak duduk diam lagi. Maka Khawwat RA berkata: Demi Allah Ya Rasulullah, sejak islam, untaku patuh kepadaku. Maksudnya itu hanya alasan. Maka Rasulullah saw bersabda: Moga Allah merahmatimu! Selepas itu, aku tak pernah mengulanginya lagi.


Kisah yang menarik. Memperlihatkan kita cara Rasulullah saw menangani mereka secara berhikmah, berlembut dengan mereka, tidak mengkasari mereka. Lihat! Bagaimana Rasulullah saw mendidiknya dengan hanya dua perkataan. Dari awal sehingga akhir kisah. Hanya dengan dua perkataan saja. Tak duduk diam dan unta. Tanpa nasihat dan ceramah yang panjang lebar. Tidak memberi beban kepadanya, cuma sedikit rasa bersalah. Biar dia sendiri rasa bersalah. Seterusnya, dia menyesal dan bertaubat. 

Kisah ini membuatkan saya merasa kebesaran baginda saw. Bertambah cintanya saya kepada Rasulullah saw, setelah membaca kisah ini. Membuatkan saya merasakan, andai baginda masih bersama kita, baginda pasti memahami kesalahan saya. Baginda akan melindungi saya. Baginda akan menjadi tempat saya mengadu dan membuat pengakuan. Saya yakin baginda takkan berkasar dan memarahi saya, bahkan melindungi saya. 

Oleh itu kepada para pemuda, perlu menghayati, andai baginda masih bersama kita, baginda nabi saw pasti menjadi tempat kita menenangkan jiwa kita. Kita patut berasa malu dan bersalah, kitakan umat Nabi saw. Kita akan bertemu baginda di hari kiamat kelak. Semoga baginda berbangga dengan kita. 


Pesanan kepada penjaga, pendakwah dan tenaga pengajar. Harapan! Jadikan teladan kamu dalam menangani para pemuda ialah Muhammad saw. Bacalah kisah baginda bersama para pemuda. Pelajarilah teknik bagaimana baginda mempengaruhi para pemuda. Memperbaiki mereka, merekalah tiang utama umat Islam. Mereka bagaikan minyak, jika baik maka umat pun turut baik.

Rujukan:

 

Wallahu'alam.

"Keep on writing"

Thursday, February 16, 2012

.:Soal Jodoh:.

Assalamualaikum…



            Terungkapnya sebuah kisah kehidupan yang memerlukan kekuatan dalaman untuk terus meninggalkan maksiat yang bermaharajalela. Bukan niat untuk membuka pekung di dada, membuka aib orang lain, kerana sesungguhnya apabila kita menutup aib orang lain, maka Allah subhanallahu taala akan menutup keaiban dia, ketika mana semua manusia berhimpun dipadang mahsyar kelak dimana disana nanti Allah subhanahu taala akan menunjukkan sebuah skrin layar besar yang akan menunjukkan semua amalan kita dari kita kecil hinggalah pengakhiran hidup kita diatas dunia ini, yang akan disaksikan oleh ribuan, jutaan, umat manusia dari nabi Adam a.s hinggalah umat akhir zaman iaitu umat nabi Muhammad s.a.w.


            Kupandang di suatu sudut sebelah kanan bilikku, ku melihat hamster ku berlari-lari, dalam sangkarnya. Comeinya ”Bulat”-(gelaran hamsterku) desis hati kecilku. Hari ini aku merancang perancangan aktiviti yang perlu aku buat sepanjang hari. Bermula dari pagi hingga malam. Pagi ni alhamdulillah aku berkesempatan untuk bangun diawal pagi.

            Aku x tahu untuk memulakan kisah ini, tapi aku ingin beritahu dan sampaikan, aku bukanlah orang yang terbaik untuk menegur dan menasihati, tapi aku cuba menerapkan dalam diri aku dulu before aku menasihatkan orang lain, itulah yang terbaik. Janganlah kita berkata-kata sesuatu yang kita tidak buat kerana balasan tuhan amat dahsyat buat orang yang berbuat demikian.

            Aku cuba untuk berbuat baik kepada sahabat-sahabatku. Apabila kita berkehendakkan orang lain supaya berbuat baik kepada kita, sepatutnya kita lah yang memulakan langkah berbuat baik dengan orang.
Sebagai contoh, jika kita mahu orang lain menghormati kita, so we must be first to make it, ingat Allah s.w.t maha adil. Tetapi jika kita menyimpan prasangka yang buruk terhadap orang, mungkin orang lain akan merasakan begitu terhadap diri kita. Allah swt maha adil dalam setiap urusanNya. Itulah yang aku dengar hari ahad lepas, pengisian ustaz Habib Ali Zaenal Abidin di masjid Bukhary jalan Pudu, seorang ulama muda dari Indonesia, tetapi “pelat” atau loghatnya dah tak sepekat bahasa Indonesia, barangkali sudah terbiasa dengan budaya atau bahasa di Malaysia.

            Inginku meluahkan segala isi hatiku di rencana ini. Diketika ini fikiranku masih lagi terawang-awangan memikirkan masa depan ku. Kerjaya, jodoh dan lain-lain, tetapi bagi aku, aku serahkan semuanya hanya kepadaNya kerana Dialah sebaik-baik penentu, dan sebaik-baik perancang. Perancangan aku sbg hamba yang lemah ini, aku meletakkan tahap umur 25 tahun utk aku mengakhiri zaman bujang aku, sebab apa kerana, Nabi Muhammad s.a.w, berkahwin dengan Saidatina Khadijah semasa umur baginda 25 kan?

            Aku juga sebagai insan biasa yang sudah berada didalam bulatan ”gembira”, banyak kenangan-kenangan indah bersama, untuk mencari keredhaanNya, tapi apakan daya, aku juga memiliki perasaan, acapkali diingatkan murabbi untuk sertakan surat untuk ”BM”. Aku hanya tinggal satu semestar untuk habiskan Ijazah dan insyaallah akan disambung 2tahun belajar untuk peringkat master. skarang umur aku dah mencecah 23tahun, dan aku insyaallah akan habis belajar utk peringkat master dlm umur 25 tahun, itulah perancanganku, doakan ye..^_^,  Aku meletakkan pengharapan yang tinggi hanya kepada Allah subhanahu wataala, sbb ap?, kerana tauladan yang ditunjukkan Nabi kita Nabi Muhammad saw tentang doa dan hanya mengharapkan kepadaNya, walaupun pelbagai rintangan yang datang baginda masih tetap ”COOL”, sbb apa? Kerana baginda yakin dengan ketentuan yang ditetapkan olehNya.

          Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Hah, tudia, sbb itu kita perlu jadi baik kan? So, hasbunallahu wani’mal wakil.. bak kata sahabat ana, Azlan Wildan, sekarang xpayah lagi memikirkan soal Jodoh sbb Allah lah sebaik-baik penentu dan lebih baik berharap kepada ”Baitul Muslim” barulah indah rumah tangga yang dibina, disulam dgn redha ilahi, "Cinta After Nikah"..
baru aku tahu bagaimana rasanya masalah yang dialaminya dan sahabat2 aku yang lain, <aku amat perlukan nasihat murabbi aku, Dr.Kamil :( >

Sunnah besar nabi dalam Baitul Muslim bukan usia perkahwinan. Tapi membina Baitul Muslim yang menyokong agendanya sebagai rasul iaitu berdakwah kepada Allah, ini objektifnya, Aku sebagai orang yang kurang mampu perlu meringankan beban keluarga, caranya, 


1.Beri duit kepada mereka, 
2.atau tidak minta duit dari mereka. 

Hanya dengan bekerja boleh mencapai objektif. Uruskan perasaan ini berlandaskan syarak.

aku cuba mendalami lagi kitab tentang Hati dari Dr. Abu Anas Madani, insyaallah mudah-mudahan penyakit hati ini dapat diubati..
^_^,
   


So, <we cheer up>, dgn dgr video nih, lagu yang sangat harmoni, dan mengingatkan kita tentang Allah, kumpulan nasyid dari Ikatan Muslimin Malaysia..



Tapi bila fikirkan "Soal Jodoh" sebenarnya ia adalah ketentuan dariNya, kita sebagai hamba lemah hanya mampu merancang dan berusaha untuk mencari "Solusi" yang terbaik. Maybe untuk kondisi aku, sebagai seorang lelaki, ada lagi tanggungjawab yang perlu aku pikul, tanggungjawab terhadap keluarga, tanggungjawab terhadap ibu dan ayahku, untuk tempoh belajar ni, aku sendiri masih terkontang-kanting untuk membayar yuran dan segala macam hal. Alhamdulillah, aku kena letakkan dalam diri aku, untuk terus berusaha, dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki, disini juga ada nilai tarbiyyah dari Ilahi supaya aku dapat untuk berdikari dalam tempoh aku belajar, "Sesungguhnya Allah sebaik-baik pelindung bagi orang mukmin". Perancangan aku ke depan, aku akan habiskan master selama 2tahun, insyaallah, dan mudah-mudahan, Allah bersihkan hatiku dari perkara-perkara yang lagha. Amin..



Wallahu’alam.

”Keep on Writing”

Wednesday, February 15, 2012

Perjanjian Hudaibiyah

Bismillahirrahmanirrahim....



Thumamah bin Uthal, ketua Bani Hanifah datang ke Madinah dalam keadaan yang mencurigakan lalu di ditangkap. Setelah disoal siasat akhirnya lelaki itu mengaku diupah Abu Sufian supaya membunuh Rasulullah SAW. Pada sahabat mahu membunuhnya tetapi dilarang oleh baginda.

Rasulullah SAW menyuruh lelaki itu diikat pada tiang masjid selepas tiga kali diajak memeluk Islam tetapi dia enggan. Walaupun Thumamah bin Uthal diikat pada tiang masjid, Namun dia diberi layanan yang baik.

Nabi berpesan supaya Thumamah diberi makanan dan minuman yang lazat. Apabila makanan yang enak dan susu unta yang segar dihidangkan, dia memakannya dengan begitu gelojoh dan banyaknya. Kemudian dia minta ditambah lagi sehingga dikatakan makanan yang diberikan kepada Thumamah cukup sebagai hidangan sebuah keluarga kecil.

Para sahabat berasa hairan melihat perlakuan tawanan itu yang begitu pelahap memakan dan meminum susu, lalu disampaikan kepada Rasulullah SAW. Beliau cuma tersenyum lalu menyuruh para sahabat terus memberi layanan yang baik kepada ketua Bani Hanifah itu.

Ketika itu, ada antara para sahabat yang hairan dan tertanya-tanya kenapa Nabi Muhammad SAW menyuruh mereka mengikat Thumamah pada tiang masjid dan diberi pula layanan yang baik. Diberi makanan yang enak serta minuman susu unta yang segar. Thumamah juga dibenarkan pergi ke bilik air apabila memerlukan. Kemudian diikat semula pada tiang masjid itu. Namun tiada siapa yang mengetahui apa tujuan nabi berbuat begitu.

Apabila masuk waktu sembahyang Maghrib, azan pun dilaungkan oleh Bilal bin Rabah. Buat pertama kalinya Thumamah mendengar alunan suara yang begitu merdu didengar hingga meresap ke dalam kalbunya. Kemudian, dia menyaksikan pemandangan yang begitu mempesonakan apabila orang ramai datang ke masjid bagi menunaikan sembahyang secara berjemaah. Apabila Nabi Muhammad SAW datang bagi menjadi imam, orang ramai dalam masjid itu berdiri menunjukkan rasa hormat kepada beliau. Kemudian, Nabi Muhammad SAW menjadi imam sembahyang berjemaah. Thumamah mendengar betapa merdunya suara Nabi Muhammad SAW apabila membaca ayat al-Quran. Apabila beliau rukuk, orang ramai di belakangnya rukuk. Apabila beliau sujud, orang ramai dibelakangnya sujud dengan begitu tertib dan kusyuk. Thumamah berasa kagum kerana pemandangan yang begitu hebat belum pernah disaksikannya. Walaupun dia adalah ketua Bani Hanifah, namun tidak pernah diberikan penghormatan yang sebegitu rupa oleh kaumnya.

Pemandangan yang begitu mengagumkan itu berlaku lagi apabila Nabi Muhammad SAW dan para pengikutnya melakukan sembahyang Isyak. Sekali lagi Thumamah mendengar suara Bilal bin Rabah mengalunkan azan. Sekali lagi dia mendengar Nabi Muhammad SAW membaca ayat-ayat al-Quran ketika menjadi imam.

Selesai sembahyang Isyak, Nabi Muhammad SAW dan para sahabat terus pulang ke rumah tanpa seorang pun menyapa Thumamah. Menjelang tengah malam, para sahabat datang semula ke masjid bagi beramal ibadat hingga masuk waktu sembahyang Subuh. Sekali lagi azan dikumandangkan oleh Bilal bin Rabah dan sekali lagi Nabi Muhammad SAW tampil ke hadapan menjadi imam. Thumamah melihat semua itu dengan rasa kagum.

Kemudian Nabi Muhamad SAW menyuruh supaya Thumamah dibebaskan tanpa syarat dan tanpa apa-apa perjanjian. Thumamah pergi mandi dan membersihkan dirinya. Kemudian, dia meminta diberikan pakaian yang bersih bagi menggantikan pakaiannya yang sudah kotor. Selepas itu, Thumamah mengadap Rasulullah SAW lalu berkata, “Wahai Rasulullah, saya mahu menjadi pengikutmu.”

Thumamah pun mengucapkan kalimah syahadah, mengaku tidak ada tuhan yang disembah selain Allah dan mengaku Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah.

“Wahai Rasulullah, dengarkanlah pengakuan saya ini. Demi Allah, sebelum ini tidak ada wajah yang paling saya benci selain wajah tuan, tetapi sekarang tidak ada wajah yang paling saya cintai di atas muka bumi ini selain daripada wajah tuan. Demi Allah, sebelum ini tidak ada agama yang paling saya benci selain agama yang tuan bawa, dan sekarang tidak ada agama yang lebih saya cintai selain Islam. Demi Allah, sebelum ini tidak ada negeri yang paling saya benci selain negeri tuan, tetapi sekarang tidak ada negeri yang lebih saya cintai selain negeri tuan,” kata Thumamah.

(Peristiwa ini berlaku sebelum Perjanjian Hudaibiyah. Betapa bijaknya cara Rasulullah SAW berdakwah...Petikan dari novel Perjanjian Hudaibiyah)


(rujukan FB Abdul Latip & Link blog beliau)

Saturday, February 11, 2012

Adik-adikku Musim 3

Musim Ketiga 
















 
Muhammad Aiman Bin Abdul Latiff Muhammad Iqbal Zahin Bin Mustafa Kamal
Siti Aisyah Solehah Binti Mohamed Danial Muhammad Rafiuddin Rafdi Bin Roslan
Faris Izwan Bin Nordin Muhammad Nor Akhmal Bin Ahmad Jamil
Amirul Hafidz Bin Muhammad Yasmin Hanani Binti Salehan
Nurussyahamah Taqiah Binti Nurunnajmi Raja Nur Shazatul Aisyah Binti Raja Idris Shah
Afifah Syukriah Binti Abdul Ghani Fahda Syazween Binti Fazul Anuar






Nurkhairah Afiqah Bt. Metamit










Kisah Seorang Wartawan yang Menyamar mengenakan Burqa


Seorang perempuan memakai baju abaya hitam lengkap dengan burqanya menjadi pusat perhatian para pengunjung mall Itäkeskus di kota Helsinki, bandar terbesar di negara Finland. Tak seorang pun tahu bahawa sosok dibalik niqab itu bukan seorang perempuan Muslim tetapi seorang wartawan, non-Muslim, daripada surat khabar Helsingin Sanomat, salah satu surat khabar yang terbesar di kawasan Skandinavia.


Nama wartawan itu Katja Kuokkanen. Ia sengaja menyamar menjadi menjadi perempuan Muslim kerana ingin merasakan sendiri bagaimana rasanya mengenakan busana muslim lengkap dengan burqanya di tengah masyarakat Finland yang masih asing dengan agama Islam, bagaimana rasanya direnung dan diperhatikan dengan pandangan aneh dan takut dari orang-orang di sekitarnya. Kuokkanen menuliskan pengalaman dan perasaannya saat dan setelah mengenakan niqab.


Inilah yang ditulisnya …

Niqab dari bahan sifon berwarna hitam kadang melorot dan menutupi kedua-dua mata saya. Suatu ketika saya tersandung dan melanggar bahu seorang laki-laki di sebuah kedai barang-barang etnik. Laki-laki itu membuat gerakan tangan meminta maaf, tapi dengan sikap acuh tak acuh seperti kebiasaannya. Lalu lelaki itu melihat ke arah saya dan menyedari bahawa saya seorang perempuan yang memakai abaya dan burqa, pakaian khas perempuan Muslim. Tiba-tiba laki-laki itu dengan sedikit membongkok dan mengulangi lagi permohonan maafnya. Saya menyangka dia orang Arab dari dialeknya saat meminta maaf. Saat itu saya merasakah hal yang tidak pernah saya rasakan sebelum ini kerana diperlakukan dengan begitu hormat oleh orang lain.

Dari kedai etnik, saya menuju stesen metro. Ketika saya naik ke sebuah metro berwarna oren. Saya menerima reaksi yang tak terduga. Seorang lelaki mabuk berteriak kepada tiga temannya di dalam metro yang padat dengan penumpang.
“Hei, lihat itu ada salah satu pemandangan neraka!” teriak lelaki mabuk tadi.
Mendengar teriakan itu, penumpang lain serta merta memalingkan pandangannya, tidak mahu melihat ke arah wajah saya. Tapi tiba-tiba seorang perempuan menegur saya, “Barang kamu jatuh,” kata seorang perempuan setengah baya sambil menyerahkan pengepit rambut saya yang terjatuh di bangku sebelah. Saya tidak mengucapkan terima kasih pada perempuan itu, kerana kalau saya mengatakan sesuatu, kemungkinan penyamaran saya akan terbongkar.

Lalu, ketika seorang gadis asal Somalia yang bekerja sebagai penjaga kedai, membantu saya membetulkan burqa, dia berkata bahawa jarang sekali perempuan Muslim di Helsinki yang mengenakan busana seperti yang saya kenakan. Gadis Somalia itu juga memberitahu bahawa ia seboleh mungkin menghindari busana warna hitam. Ia menganggap warna hitam sebagai warna yang dramatik dan menarik perhatian orang ramai.
“Busana warna-warni yang cerah lebih bagus,” kata gadis itu sambil mengatakan bahawa kaum wanita Muslim di Finland tidak menentukan sendiri untuk menutup bahagian mukanya.



Dan di mall Itäkeskus, saya memperhatikan ramai orang yang melihat saya dengan renungan aneh bahkan takut. Seorang lelaki muda hampir saja menumpahkan minuman tin yang dipegangnya apabila melihat saya dengan raut muka panik.

Saya sendiri mula membiasakan diri memakai abaya dan burqa. Saya mula merasakan pakaian ini sangat selesa, meskipun saya agak sukar untuk melihat sesuatu dengan jelas kerana burqa yang saya kenakan.



Kemudian saya memutuskan untuk pergi ke pasar yang dibuka di kawasan letak kereta di mall Puhos. Di seberang jalan, saya bertemu dengan seorang perempuan tua berasal dari Somalia yang dengan hemat mengucapkan “Assalamu’alaikum”.
Saya tersentuh mendengar salam itu. Selama ini saya tidak pernah bergaul dengan perempuan Muslim. Dan saya selalu menerima salam seperti itu dalam banyak kesempatan. Setiap Muslimah dari berbagai usia dan dari pelbagai etnik, yang mengenakan busana muslimah selalu mengucapkan “Assalmua’alaikum” ketika bertemu dengan saya. Ketika itu saya tidak mengerti apa arti ucapan itu, sehingga saya akhirnya tahu bahawa ucapan itu mengandungi doa kesejahteraan dan kesalamatan.
Lalu, seorang lelaki yang sedang berdiri di depan sebuah kedai memanggil saya. “Hello! Hei! Tunggu!” teriak lelaki tadi. Saya tidak menoleh kerana saya fikir seorang perempuan Muslim sangat menjaga kemuliaannya dan tidak akan menjawab panggilan seperti itu.



Beberapa jam selepas berjalan – jalan dengan mengenakan busana abaya dan burqa, saya kembali ke stesen Metro. Perjalanan saya selanjutnya adalah Kamppi Center.

Sepanjang perjalanan, wartawan itu merenung pengalamannya sepanjang hari ini, atas reaksi setiap orang terhadap abaya dan burqa yang dikenakannya dan ia merasakan sendiri bahawa mengenakan abaya dan burqa rasanya tidak seburuk yang orang lain fikirkan. Ia pun tanpa ragu menegaskan, mengenakan abaya dan burqa, “Sama sekali tidak buruk. Jika anda memakainya, anda akan merasakan kedamaian.”
Kisah ini menjadi renungan di saat negara-negara Eropah beramai-ramai mula melarang jilbab dan burqa. Seharunya mereka yang mengenakan larangan itu, membaca kisah wartawan Helsinki ini sehingga tidak perlu ada dasar larangan berjilbab atau bercadar yang sejatinya dikuatkuasakan kerana sikap Islamofobia masyarakat Barat.



rujukan: http://muhdhazrie.wordpress.com/2012/02/03/katja-kuokkanen-kisah-seorang-wartawan-yang-menyamar-mengenakan-burqa/

.:Berita Kedatangan Nabi dalam agama lain:.

Bismillahirrahmanirrahim...

 
Sebenarnya, terutusnya Nabi Muhammad ke dunia ini dah dirakamkan di dalam pelbagai kitab purba.Allah swt telah berfirman di dalam al-quran bahawa tiada satu kaum pun yang tidak menerima ajaran tauhid. Oleh itu tidak mustahil jika kedatangan nabi Muhammad telah dirakamkan dalam pelbagai kitab purba pelbagai kaum.

Nabi Muhammad dalam Agama Hindu
Salah satu ramalan kedatangan nabi Muhammad yg sangat terkenal yang juga telah membuat seorang professor bahasa dari Alahabad University India mengajak umat Hindu untuk segera memeluk agama Islam, adalah terdapatnya sebuah ramalan penting dalam kitab suci Hindu tentang kedatangan yg ditunggu-tunggu dari seorang Kalki Avtar. “av” bermaksud turun. “tr” bermaksud melewati. Jadi maksud perkataan Avtar adalah “diturunkan atau diutus untuk turun”. Kalki Avtar artinya adalah “utusan terakhir”.


Ayat –ayat hindu yang jelas menyatakan tentang nabi Muhammad ialah:
 
“Aryadarma akan tampil di muka bumi ini. ‘Agama kebenaran’ akan memimpin dunia ini. Saya diutus oleh Isyparmatma. Dan pengikut saya adalah orang yang berada di lingkungan itu, yang kepalanya tidak dikucir, mereka akan memelihara janggut dan akan mendengarkan wahyu, mereka akan mendengarkan panggilan solat (azan), mereka akan memakan apa sahaja kecuali daging babi, mereka tidak akan disucikan dengan tanaman atau umbi-umbian tetapi mereka akan suci di medan perang. Meraka akan dipanggil “Musalaman” (perantara kedamaian).”
(Pratisarag Parv III, Khand 3, Adhyay 3, Shalokas 10 to 27)

Beliau adalah cendikiawan yang menaiki unta. Ini menunjukkan beliau bukan seorang bangsawan India. Dalam Mansuriti(11) : 202 mengatakan bahawa Brahma tidak boleh menaiki unta atau keldai. Jadi tokoh ini jelas bukan dari golongan Brahmana (pendeta tinggi Hindu), tetapi seorang yang asing.
Dalam Atharvaveda book 20 hymn 21 : 6 dinyatakan bahawa di dalamnya terdapat istilah “akkaru” yang bermaksud “yang mendapat pujian”. Dia akan mengalahkan 10,000 musuh tanpa pertumpahan darah. Hal ini merujuk pada perang Ahzab yang mana Nabi Muhammad mengalahkan musuh yang berjumlah 10,000 orang tanpa pertumpahan darah
Dalam Atharvaveda book 20 hymn 21 : 7 dinyatakan bahawa Abandu akan mengalahkan 20 penguasa. Abandu juga berarti seorang yatim atau seorang yang mendapat pujian. Ini mengarah kepada nabi Muhammad yang seorang yatim sejak lahir dan maksud nama Muhammad/Ahmad adalah bermaksud terpuji, yang akan mengalahkan ketua suku-suku di sekitar Makkah yg berjumlah sekitar 20 suku.
Kalki memusnahkan patung (Kalki Avtar)

Dalam versi 2 dan 4 Kalki Purana (bahagian 3, Bab 16) ada menyatakan bahawa:
  1. Apabila Kalki menjadi pemerintah, setiap orang akan suka kepadanya. Vedas, agama dan kebenaran terus hidup.
  2. Patung-patung dimusnahkan dan pemujaan dihentikan.
  3. Amalan agama seperti Tanda Tilak (amalan Hindu tanda di dahi) juga tidak kelihatan lagi. 


Nabi Muhammad dalam Agama Zorester ( Majusi ) Parsi


Sementara itu pula di dalam kitab Dasatir, salah sebuah kitab suci agama Zoroaster (Zoroastrianism) iaitu kitab agama orang-orang Parsi purba ada menyebut seperti berikut:



“Bahawa umat Zoroaster ketika mereka membuang agama mereka, mereka menjadi hina dan lemah, kemudian bangkitlah seorang di Tanah Arab menewaskan pengikutnya (pengikut-pengikut Zoroaster) dan orang-orang Parsi dan menundukkan pula orang-orang Parsi yang sombong. Selepas daripada api dalam kuil-kuil mereka, mereka mengarahkan pula muka mereka ke arah Kaabah Ibrahim yang telah dibersihkan daripada berhala-berhala, ketika itu mereka menjadi pengikut-pengikut bagi Nabi (Muhammad) yang menjadi rahmat bagi seluruh alam, dan menguasai orang-orang Parsi, menakluki Madain, Tus dan Balkh iaitu tempat suci bagi orang-orang Zoroaster dan yang berjiran dengan mereka. Dan Nabi mereka sesungguhnya adalah bijak bercakap, ia bercakap dengan mukjizat-mukjizat.
Taurat



Nabi Muhammad dalam Kitab Taurat

Dalam kitab Taurat Ulangan iaitu kitab suci agama Yahudi fasal 18 Tuhan telah berfirman kepada Nabi Musa, katanya:
“Bahawa aku (tuhan) akan bangkitkan bagi mereka itu (dan seluruh insan di dunia ini) seorang Nabi dari kalangan saudara mereka (orang-orang Arab) yang seperti engkau (Musa) dan aku akan menjadikan segala firmanku dalam mulutnya, dan ia pun akan menyatakan kepada mereka segala yang aku pesankan.”
Nabi Muhammad dalam kitab Injil Yahya
 
Tetapi aku (Isa) ini mengatakan yang benar kepadamu (pengikut-pengikut Isa) bahawa berfaedahlah bagi kamu jika aku pergi kerana jika aku tidak pergi, tiadalah pembela itu akan datang kepadamu, tetapi jika aku pergi aku akan menyuruh dia kepadamu pembela (Orang yang terpuji)
Ayat ini menghuraikan bahawa Roh Kebenaran yang dikatakan datang tadi akan menyambung tugas-tugas Nabi Isa.
Nabi Muhammad Dalam Injil Barnabas Petikan di dalam Injil Barnabas

Injil Barnabas

Sesungguhnya telah datang Nabi-Nabi semuanya melainkan seorang Rasul yang akan datang sesudahku (Isa) nanti.

“Jesus Christ (Isa) berkata, Janganlah bergoncang hati kamu (murid-murid Isa) dan janganlah kamu takut, kerana bukan aku menjadikan kamu, tetapi Tuhan (Allah) yang menjadikan kamu. Adapun tentang diriku sesungguhnya aku datang untuk menyediakan jalan bagi Utusan Tuhan (Rasulullah) yang akan datang membawa kelepasan bagi dunia. Tetapi awas kamu ditipu orang kerana akan datang beberapa banyak Nabi dusta, mereka mengambil perkataanku dan mengaturkan Injilku.”
Ketika itu berkata Andraus, “Wahai Guruku, sebutkanlah bagi kami satu tanda supaya kami (manusia kemudian) kenal akan dia. Maka jawab Isa, “Sesungguhnya dia tidak datang pada masa kamu ini tetapi ia akan datang kelak berbilang tahun selepas masa kamu, iaitu di waktu dirosakkan orang Injilku dan hampir tidak didapati lagi tiga puluh orang mukmin (pengikut-pengikut Isa yang tulen). Di waktu itulah Tuhan (Allah) merahmati dunia ini, maka diutus Rasul-Nya yang tetap, awan putih di atas kepalanya mengenal akan dia salah seorang pilihan Tuhan (Allah) dan dialah yang akan menzahirkan kepada dunia. Dan ia akan datang dengan kekuatan yang besar untuk menewaskan orang-orang jahat dan ia akan menghapuskan penyembahan berhala dari dunia ini.
Sesungguhnya aku menyukai yang demikian, kerana dengan perantaraannya akan diterangkan dan dimuliakan orang akan Tuhan (Allah) dan Ia menyatakan kebenaranku. Dan ia akan menghukum sekalian orang yang berkata bahawa aku orang yang lebih besar daripada manusia (sama dengan Tuhan.
Nabi Isa berkata kepada murid-muridnya, tatkala manusia memanggil aku Tuhan (Allah) dan Tuhan Anak (Anak Allah) aku tidak ada lagi di dalam alam ini. Tuhan (Allah) mengolok-olokkan manusia di alam ini dengan kematian Yahuda. Mereka beriktikad bahawa akulah yang mati tersalib itu, supaya tidak lagi syaitan mengolok-olokkan aku di hari kiamat nanti. Aku tetapkan begini selamanya hingga datang Muhammad Rasulullah . Apabila Muhammad datang terbukalah rahsia tipuan ini bagi mereka yang beriman dengan agama Tuhan (Allah).


Nabi Muhammad dalam Agama Buddha


Maksud Buddha ialah Orang yang diberi petunjuk. Di dalam tradisi Budha, pemimpinnya sendiri Sidharta Gautama telah meramalkan kedatangan seorang manusia yang diberi wahyu. Dalam Doktrin Budha (The Gospel of Buddha) oleh Caras (perkara.217-218) tercantum bahawa Budha agung yang akan datang ke dunia ini dikenal sebagai “Maitreya”. Cakkavatti-Sihanada Suttana memberinya nama “Meteyya”. Kedua kata ini bermakna “pemberi rahmat”. Dengan merujuk kepada sejarah kehidupan Muhammad saw, kentara sekali beliau adalah orang sangat penyayang dan al-Quran juga menyebut-nyebut fakta ini.


Sidharta Gautama

Ada sejumlah kesamaan lebih jauh, seperti yang terbaca dalam kitab suci kaum Budha: “Para pengikutnya (Maitreya) berjumlah ribuan orang, sementara jumlah pengikutku ratusan orang.” Faktanya, pengikut Nabi Muhammad saw berjumlah ribuan orang (sekarang tentunya jutaan).


Persamaan-persamaan lain


Seorang Buddha yang tercerahkan itu dilukiskan sebagai memiliki kulit yang amat cerah dan bahawa seorang Buddha memperoleh “pandangan yang luhur di malam hari”. Dalam kenyataan sejarah, Nabi saw kerap melakukan solat pada waktu malam (tahajjud) sebagai tanda cintanya yang mendalam kepada Pencipta Alam ini. Selama hayatnya, Nabi saw tidak pernah meninggalkan solat tahajjud. Hasilnya, beliau memperoleh pandangan yang tajam untuk mengetuai peradaban baru manusia iaitu peradaban Islam.

”Akan lahir ke dunia ini seorang Buddha yang dikenali dengan nama “Maitreya”. Maitreya ini ialah seorang yang suci, seorang yang tertinggi dalam kuasa, yang dikurniakan dengan kebijaksanaan, yang bertuah dan yang mengenali alam ini dan apa yang Maitreya ini dapat daripada alam ghaib beliau akan sebarkan risalah ini ke seluruh alam. Maitreya ini akan dakwahkan agama beliau yang agong ini daripada awal hingga ke akhir. Buddha berkata bahawa Maitreya ini akan memperkenalkan satu cara hidup yang sempurna dan suci sebagaimana aku (Buddha) memperkenalkan agama aku. Pengikut Maitreya ini lebih ramai daripada pengikut aku (Buddha)”.
(Gautama Buddha berkata dalam Chakkavantti Sinhnad Suttanta D. 111, 76)

Gautama Buddha sendiri berkata, “Saya bukanlah Buddha yang pertama atau yang akhir yang didatangkan ke dunia ini. Selepas aku, seorang Buddha lagi akan dihantar ke dunia ini. Dialah seorang yang kudus atau suci, yang mempunyai kesedaran yang tinggi, yang dikurniakan dengan kebijaksanaan, mempunyai akhlak yang baik, yang mengenali alam ini, pemimpin manusia yang bijaksana, yang dikasihi oleh malaikat dan makhluk lain. Dia akan mengajar kepada kamu semua satu agama atau kebenaran yang kekal abadi serta terpuji. Agama yang diajar oleh Buddha ini akan menjadi satu cara hidup yang sempurna dan suci. Kalau anak murid aku beratus-ratus tetapi anak murid Buddha ini ialah beribu-ribu”.

rujukan: http://muhdhazrie.wordpress.com/2012/02/03/berita-kedatangan-nabi-muhammad-dalam-pelbagai-kitab-purba-2/

& ilmu yg dperoleh dari dlm kelas Sejarah Matematik, Dr. Mat Rofa, pensyarah fakulti Sains, UPM.

<setiap kaum kemungkinan besar ada nabi yang diutuskan Allah swt, tetapi diseleweng oleh pengikut2nya sehingga jauh terpesong,..., Dr. Mat Rofa>

Thursday, February 9, 2012

.:Lantunan Mahabbah:.

Bismillahirrahmanirrahim, insyaallah mudaha-mudahan video dibawah dapat sama2 mengingatkan kepada kita pengorbanan dan kasih sayang Nabi Muhammad s.a.w...






Terengganu Berselawat