Tuesday, December 27, 2011

Ujian dan kesedihan :(

Ini permulaan sebuah kisah,
Kisah yang dikisahkan,
oleh orang yang terkisah,
mengenai sebuah kisah,

Allah swt bagi kita belbagai ujian silih berganti,
habis satu ujian,
datang yang baru,
kadang2 ujian yang datang membuatkan "diri" ini,
dah habis "limit",
dah habis tabah,

Sometimes,
banyak masalah yang melanda,
akademik, kewangan, sahabat, family dan lain2,
tapi kita seharusnya berbaik sangka terhadap Allah swt,
sebabnya....

Tahukah kita??
Bahawa,
setiap ujian2 yang melanda diri kita,
rupanya Allah masih sayangkan kita,
Allah "ambil berat",
Allah "ambil kisah",
tentang diri kita,

Selepas solat, berdoa,
sambil menangis, berdoa,
"Ya Allah, aku dah letih"
Subhanallah, Allah Maha Mendengar,
Allah jawab "be strong from inside",

Surah Al-Insyirah,
surah ke 94, mengandungi 8 ayat,
yang bermaksud:
(5). Maka sesungguhnya, bersama kesulitan ada kemudahan,
(6). Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.

Surah Al-Baqarah,
surah ke-2, mengandungi 286 ayat,
(155). Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.
(156). (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata, "Innalillahi wainna ilahi rajiun" (Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali).
(157). Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang2 yang mendapat petunjuk.

bila Allah uji kita dengan pelbagai masalah,
ingatlah,
bahawa Allah dah janji nak bagi kesenangan,
nak bagi pahala,
nak bagi keampunan,
nak bagi rahmat dan petunjuk kepada kita,
dan nak bagi rezeki lagi banyak2....

Hebat Allah ni kan??
I cried a lot,
I suffered,
tetapi, semuanya hilang,
bila kita tahu,
yang Allah sentiasa ada bersama dengan kita,

kita tak tahu, apa ujian seterusnya buat kita dari Allah,
perjalanan mesti diteruskan,
sebab...
Jalan Dakwah ini sumpah panjang!!..

Wallahua'lam..

"Keep On Writing"

Thursday, December 22, 2011

Bulatan Kami..

Bulat air, kerana pembentung,
bulat manusia?? mkn byk? ^^,

bulat manusia kerana muafakat...


Assalamualaikum,


Kalau dahulunya,.
aku makan sorang-sorang,
aku pergi kelas sorang-sorang,
semuanya aku buat sorang-sorang.

Dahulunya,
aku seorang pendiam,
dahulunya,
aku suka untuk simpan masalah diam2 (pendam),
dahulunya,
aku seorang yang xberani untuk bercakap dihadapan,
dahulunya,
aku seorang-seorang, dan xramai kawan.

Tapi sekarang,
aku temui "bulatan kami",
pelbagai ragam dalam "bulatan kami",
pelbagai cerita dalam "bulatan kami",
banyak asam garam dalam "bulatan kami".

Bulatan kami, dinamakan "Ukhuwah Fillah", ^_^,
bertemu dan berpisah kerana Allah,
Kami berjumpa kerana Allah,
Berpisah kami, juga kerana Allah,

Bulatan Kami,
sgt cantik jika dikisahkan,
jika diberitahu, sgt comei,
itulah dinamakan suatu ikatan.

Disini lah aku belajar,
disini juga aku mengenal,
erti sabar,
dan tuhan yang maha kekal.

Tribute to my best Friend... <...................>

Wallahua'alam.



"Keep On Writing"