Thursday, September 15, 2011

MABIT - MALAM BINA IMAN DAN TAKWA

MABIT ataupun dikenali sebagai malam bina iman dan takwa, sebagai salah satu program anjuran PEMBINA, Persatuan Belia Islam Nasional, bersama masyarakat kampus dan masyarakat sekitar masjid Mardi. Objektif program ini dianjurkan adalah supaya warga pelajar UPM dan masyarakat sekitar Masjid, terbiasa dan membiasakan diri untuk sama-sama beriktikaf didalam masjid serta berqiamullail, bangun di tengah malam, untuk solat sunat secara berjemaah mahupun sendirian.





Dijemput sahabat-sahabat yang berkelapangan untuk sama-sama menjayakan program ini, dan sekaligus merupakan inisiatif kita, untuk sama-sama mencari keredhaan Allah swt sementara nyawa kita masih bernyawa, selama mana buku amal kebajikan kita masih belum tertutup rapat, selagi mana kita mampu untuk bergerak dalam saf-saf yang lurus, selagi itu, kita mesti terus mencari keredhaan-Nya....


Hari Jumaat, 23/9/2011
10.30malam
Masjid Jamek Kompleks Pertanian Serdang.(Masjid Mardi)


Tentatif Program.

Buat muslimin. Dijemput khusus buat sahabat2....

Tentatif program

10.30: berkumpul di Masjid Kompleks Pertanian Mardi.
10.45: Tazkirah Ringkas.
11.15: Rehat

....

4.30: preparation..
4.45: Qiammullail.
5.40: Bersedia utk menunai fardhu Subuh.
(Dgr kuliah Subuh Masjid Mardi <jika ada>) 
Bersurai.....

2 comments: