Monday, October 24, 2011

Syabas HIMPUN!!!

Selamatkan Aqidah
Ayuh kita bersama
Satu hati suara
Meluahkan rasa gundah di jiwa
Gejala melanda akidah umat di cabar
Marilah kita pertahankannya

Bersatu suara dan satu usaha
Bergandingan tangan menggapai cita
Tiada mustahil jika ummahnya
Teguh bersama
Dengan keizinan Allah Yang Maha Esa

Andainya warga bersatu
Kan gentar seteru
Angin sengketa pun tak kan mampu bertiup
Keimanan yang utuh
Tidak kan mudah runtuh
Biarpun dihasut
Musuh-musuh agama

Mantap Aqidah
Kukuh Agama
Perkasa Ummah
Teguh Negara
Bersatu Jiwa
Tak kira warna kulit dan bangsa
Erti bersaudara

Marilah kita bersama zahirkan
Rasa keperihatinan
Dalam usaha selamatkan Aqidah Ummah
Lagu: Isman Hijjaz
Lirik: Atie & edited by Munsyid

Syabas HIMPUN!!!..

Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Selamatkan Aqidah di Stadium Shah Alam pada 22 Okt 2011. Anjuran sebahagian NGO-NGO Islam di Malaysia.

Dianggarkan 10,000 ke 15,000 telah hadir.

Turut hadir sama ialah Mufti Negeri Perak, SS Ust Harussani, YB Dato' Dr Hassan Ali, ahli akademik, bekas naib canselor UITM serta pimpinan NGO yg terlibat seperti Isma, Pembina, Perkasa, TERAS, GAMIS. dll.

HIMPUN bertujuan mengumpulkan seramai mungkin umat Islam bagi menyatakan kekesalan dan bantahan terhadap gerakan pemurtadan oleh segelintir penganut dan paderi Kristian di Malaysia (Evangelist) terhadap orang Islam khususnya Melayu.

HIMPUN bukan untuk mewujudkan permusuhan terhadap agama Kristian. Sebaliknya HIMPUN mahu supaya gerakan mengajak orang Islam kepada Kristian DIHENTIKAN kerana aktiviti tersebut mengganggu keharmonian umat Islam, mencabar sensitiviti umat Islam dan menyalahi Perlembagaan dan Undang-undang di Malaysia.




Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) anjuran NGO-NGO Islam termasuk ISMA telah berlangsung dengan jayanya. Himpunan ini yang dicetuskan oleh beberapa siri pemurtadan dan yang terkini dalam isu siasatan JAIS ke atas DUMC telah berlangsung dengan aman. Syabas Ahli-ahli Seketariat dari ISMA, PEMBINA dan NGO lain yang telah bertungkus lumus.


Penilaian di atas adalah berasaskan kepada tujuan terpenting yang telah digariskan oleh penganjur iaitu bagi memberi amaran kepada ‘agen-agen pemurtadan’ bahawa umat Islam di Malaysia tidak akan mengizinkan perkara tersebut terus berlaku dalam negara yang tercinta ini. Penegasan ini adalah konsistan sejak mula ia dipromosikan, juga ketika ucapan para pemidato sedang berlangsung dan akhirnya ketika sidang akhbar di akhir majlis. Nyatalah andaian buruk sesetengah pihak terhadap tujuan ia diadakan tersasar jauh. Penganjuranya yang disensasikan juga mempromosikanya secara tidak langsung.


Program ini juga telah berjaya menzahirkan sikap sebenar sesetengah pihak terhadap isu survival Islam di negara ini. Penegasan artikal 11 (4) berhubung ‘kebenaran untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama (lain) di kalangan orang Islam’, ia seolah-olah telah dikesampingkan. “Aqidah umat ini tidak terancam…” katanya (kecuali yang bersamaan dengan manifesto mereka?). Akhirnya masyarakat mungkin mengatakan ada ‘musang berbulu ayam’ rupa-rupanya. Malanglah jika ianya benar.


Kejayaan program ini juga dapat dilihat melalui iltizam kesemua pembenteng untuk tidak menzahirkan atau mempromosikan agenda parti atau badan masing-masing. Seruan kesatuan umat dalam mendaulatkan Islam bertali arus dicelah-celah languan takbir dari mulut semua pembentang. Ramai yang terharu dengan munajat  YB Datuk Dr. Hassan Ali, yang sanggup hadir bagi menzahirkan keperihatinanya sebagai hamba Allah dan ‘meninggalkan’ jawatan Exco Selangor dan pimpinan Pas Pusat. Keadaan ini telah memberi isyarat penting kepada ahli-ahli politik, di sana telah ada aliran ketiga yang akan memimpin cara fikir dan tindakan umat ini. Arus ini akan berkembang dan bakal menjadi pengimbang bagi mengatasi keserabutan perebutan kuasa politik yang telah membarah. ISMA amat bersyukur dengan natijah ini kerana ia bertepatan dengan slogannya yang sedang dilaungkan.


Namun, jika kita hanya menyempitkan kejayaan sesuatu program berdasarkan jumlah yang hadir, kita sebenarnya telah tersilap membuat kesimpulan. Sambutan kehadiran 5,000 atau 10,000 orang tidak lagi penting, ia jika kita melihat sisi kejayaan lain yang lebih bermakna.
 

Kehadiran wakil dari badan yang sering dikaitkan dengan Pas iaitu Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) dan Front Anti-Murtad (Forkad) memberikan sekurang-kurangnya dua isyarat kepada umat Islam iaitu; sebenarnya kebanyakan anggota Dewan Pemuda dan golongan muda Pas masih bersama NGO lain dalam isu ini atau ia pula sebenarnya merupakan satu protes senyap golongan muda terhadap keputusan Mesyuarat Lajnah Politik PAS atau kedua-duanya sekali. Tahniah untuk Gamis dan Forkad. Allah S.W.T sahaja yang Maha Mengetahui, moga Allah menyatukan umat ini atas aqidah yang sahih.


Melayu Sepakat, Islam Berdaulat



Dr. Kamil Azmi Tohiran (Murabbi ana ^_^,)

Pengerusi Biro Media dan Penerangan ISMA

info: http://www.ismaweb.net/v4/2011/10/syabas-himpun/


No comments:

Post a Comment