Thursday, November 18, 2010

Ungkapan sebuah kehidupan

Assalamualaikum…

Terungkapnya sebuah kisah kehidupan yang memerlukan kekuatan dalaman untuk terus meninggalkan maksiat yang bermaharajalela didalam diri. Bukan niat untuk membuka pekung di dada, membuka aib orang lain, kerana sesungguhnya apabila kita menutup aib orang lain, maka Allah subhanallahu taala akan menutup keaiban dia, ketika mana semua manusia berhimpun dipadang mahsyar kelak dimana disana nanti Allah subhanahu taala akan menunjukkan sebuah skrin layar besar yang akan menunjukkan semua amalan kita dari kita kecil hinggalah pengakhiran hidup kita diatas dunia ini, yang akan disaksikan oleh ribuan, jutaan, umat manusia dari nabi Adam a.s hinggalah umat akhir zaman iaitu umat nabi Muhammad s.a.w. 

            Inginku meluahkan segala isi hatiku di rencana ini. Diketika ini fikiranku masih lagi terawang-awangan memikirkan masa depan ku.Kupandang di suatu sudut sebelah kanan bilikku, ku melihat hamster ku berlari-lari, dalam sangkarnya. Comeinya ”Bulat”-(gelaran hamsterku) desis hati kecilku. Hari ini aku merancang perancangan aktiviti yang perlu aku buat sepanjang hari. Bermula dari pagi hingga malam. Pagi ni alhamdulillah aku berkesempatan untuk bangun diawal pagi. 

            Aku x tahu untuk memulakan kisah ini, tapi perlu juga untuk ku beritahu dan sampaikan, aku bukanlah orang yang terbaik untuk menegur dan menasihati, tapi aku cuba menerapkan dalam diri aku dulu before aku menasihatkan orang lain, itulah yang terbaik. Janganlah kita berkata-kata sesuatu yang kita tidak buat kerana balasan tuhan amat dahsyat buat orang yang berbuat demikian. Aku cuba untuk berbuat baik kepada sahabat-sahabatku. Apabila kita berkehendakkan orang lain supaya berbuat baik kepada kita, sepatutnya kita lah yang memulakan langkah berbuat baik dengan orang. Sebagai contoh, jika kita mahu orang lain menghormati kita, so we must be first to make it, ingat Allah s.w.t maha adil. Tetapi jika kita menyimpan prasangka yang buruk terhadap orang, mungkin orang lain akan merasakan begitu terhadap diri kita. Allah swt maha adil dalam setiap urusanNya.

            Malam ni merupakan malam yang pertama tiba2 aku ingin ber"blog".Mungkin dari sini aku dapat belajar untuk mengenal diri sendiri, maybe...^_^.... 

No comments:

Post a Comment